Di sudut itu aku berdiri
Menghembus nafas ke langit
Memperlihatkan diriku
Bersama bayangmu…
Apakah kedatanganku ini di nantikan?
Lalu ku jamah tanah itu
Meneroka ke dasarnya
Sunyi….
Itulah yang menyelubungi
Bersama Yasin di tangan
Ku luahkan suara Quran
Terasa seperti engkau disisi
Memerhati dan menemani
Tumpuanku tumpul seketika
Aku membalas pandanganku
Melihat di sekitarku
Kosong…..
Tiada sesiapa pun di situ
Lalu ku teruskan lagi ayat suci itu
Membiarkan perasaanku
…..tapi jauh di sudut itu
Terlalu menginginkan kau disampingku
Menemaniku…mengusapku
Masih adakah waktu itu
Untuk aku menaruh sebuah harapan
Menggampai sebuah syurga
Yang letaknya hanya di kaki bonda
Jika dapat di robek hati ini,
Memperlihatkan dosaku yang lalu
Mungkin aku tahu
Mungkin aku malu
Tapi semuanya sudah berlalu
Lalu sebak menakuk di hati
Terus ia menghala kejalanMu
Aku rebah bersujud padaMu
Sampaikanlah rayuanku
Memanggil manggil namamu
Hati ini terlalu beku
Hanya dingin dan sepi
Menemani liku-liku
Izinkan aku meminjam semangatmu
Rasa cinta seorang ibu
Semadikan ia bersama anakku
Buat dia merasa kasihku
...Suara Anakandamu...
Wednesday, September 1, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Suara Hati
Arwah mummy pernah menceritakan yang aku di lahir pada 29 April 1982....tatkala kedengaran azan pada jam 5.40 pagi. Waktu itu arwah baru berusia 34 tahun. Berat aku semasa dilahirkan ialah 2.95kg. Panjang aku waktu itu ialah 53cm berukuran dada dan kepala 33cm. Tiada kecacatan. Lebih kurang sepuluh minit arwah bertarung nyawa untuk melahirkan aku. Mengikut rekod kelahiran aku, yang masih aku simpan hingga sekarang....arwah mula sakit hendak bersalin pada jam 5.00 pagi...dan terasa sakit kuat pada jam 5.30 pagi. Itulah aku. Setibanya aku di dunia ini...ayah menamakan aku dengan nama KARTINI.
KARTINI. Ya...itulah nama aku. Mengikut cerita ayah, nama tersebut di ambil sempena nama wanita pertama di tanah Jawa, Indonesia yang menerima pelajaran tinggi dan membela nasib kaum wanita terutama yang di tindas. Ayah memetik nama tersebut dengan menaruh harapan yang suatu hari nanti aku juga akan menjadi seperti Raden Ajeng Ibu Kartini. Beliau juga di lahirkan pada bulan April iaitu 21 April 1879. Sama bintang dengan aku. Beliau seorang yang sangat menghormati dan menyanyangi ayahnya iaitu Raden Mas Sosroningrat. Tetapi......pernah suatu ketika dahulu...ayah menyuarakan yang dia kesal menamakan aku dengan nama KARTINI. Katanya...aku selalu menjadi jaguh kampung wanita pertama yang membawa kereta laju...mengusung dan bermain gitar ke hulu-hilir...masalah disiplin di sekolah sehingga ruangan kesalahan tidak muat untuk di isikan...yang suka melepak di kaki lima...aduh...baru aku sedar terlalu banyak untuk aku senaraikan. Namun semua itu terpadam...kerana akhirnya aku sudah mempunyai kerjaya dan merupakan wanita pertama dan termuda bekerja di bahagian Production di syarikat NSTP. Aku mempunyai sub-ordinat untuk di pimpin. Hampir 6 tahun aku mencari rezeki di syarikat NSTP. Ayah cukup bangga dengan kerjaya aku. Dia selalu menasihatkan aku supaya bersyukur dengan apa yang aku ada. Katanya...anak orang lain masuk Universiti belum tentu dapat kerja. Tapi anak ayah....baru saja tamat terus dapat peluang kerja yang baik. Dia juga menasihati aku supaya banyak bersabar dalam menumpuh kerjaya ini.
Alhamdullillah. Aku bersyukur atas segala pemberian dari Illahi. Setelah bekerjaya...hidup aku berbeza. Kini aku menanggung kos hidup aku sendirian. Jika aku malas...jika aku putus asa...maka tiadalah sesuap nasi untuk aku. Aku tidak sangka bekerja di NSTP terlalu banyak cabaran. Aku tidak punya ramai kawan. Malah tiada kawan langsung di tempat kerja aku. Adalah beberapa orang yang menegur. Tapi setakat sapaan sahaja. Untuk aku berkongsi masalah jauhlah sekali. Semasa aku belum berumah tangga, aku tinggal dengan 3 orang kawan. Namanya, Suri, Noi dan Fatin. Tapi yang aku betul-betul akrab ialah Suri dan Noi. 2 orang inilah yang boleh dijadikan sahabat. Aku tinggal sebumbung bersama Suri dan Noi hampir 6 tahun. Aku sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri. Banyak memahami tentang diri aku. Apa yang aku suka, apa yang boleh membuatkan aku naik angin, marah, ketawa dan tersenyum. Merekalah tempat aku berkongsi masalah susah dan senang. Mungkin sikap aku ada membuat mereka terluka. Tapi mereka tidak pernah ada perasaan membenci pada aku. Itulah, sahabat yang aku benar-benar aku percaya. Sahabat yang boleh aku dampingi. Aku bersyukur kerana punyai sahabat seperti Noi dan Suri.
Mengorak langkah di NSTP penuh dengan cubaan. Di sini aku di pulaukan. Aku di labelkan seorang yang sombong dan tidak suka bercampur. Sehinggakan ada staff lain di sini menyuruh jangan berkawan dengan aku. Astagfirullah...biarlah Allah mengampun dosanya. Inilah dikatakan. Tak kenal...maka tak cinta. Aku sikit pun tidak berkecil hati. Biarlah. Aku mencorak dunia aku sendiri di NSTP. Aku datang di NSTP untuk kerja. Aku fokus hanya pada kerja. Aku tutup telinga kiri dan kanan. Aku buka hanya sebelah mata. Bila tiba waktu makan, aku makan walaupun berseorangan. Kata mereka aku ini pelik. Apa yang pelik? Adakah pelik jika makan berseorangan? Bagi aku, buat apa makan ramai-ramai menjadi ahli mensyuarat tingkap? Biarlah mereka dengan cara mereka dan aku dengan cara aku. Bukannya mereka yang membayar gaji aku untuk hidup.
Terlalu banyak ancaman di NSTP. Sehinggakan rakan setugas aku sendiri merasa tergugat dengan adanya aku di kalangan Eksekutif. Sedikit pun aku tidak terlintas untuk berlumba-lumba akan pangkat. Aku adalah aku. Aku kerja dengan cara aku. Sumpah. Aku tidak pernah ada perasaan ingin berlumba-lumba. Segala tugas yang diberikan aku galas dengan sebaik mungkin. Aku atur dengan rasa penuh tanggungjawab. Tapi aku selalu di salah ertikan. Kata mereka, aku ini mahu tunjuk hebat. Subhanallah. Tidak ada langsung niat begitu. Kadang-kadang aku terfikir, apakah kesalahan aku sehingga ramai yang menghukum sedemikian.
Tahun 2010, cara aku kerja tidak seaktif dulu. Aku cuba ikut budaya kerja NSTP. Kadang-kadang aku menular. Masuk lambat balik cukup waktu. Aku sudah bosan dan meluat dengan tomahan yang sering dilemparkan pada aku. Dada aku merasa sempit dan jiwa aku tertekan. Aku manusia biasa ada tahap kesabaran. Dikala ini aku mungkin tidak dapat menahan sabar lagi. Banyak perkara yang bermain di fikiran aku. Aku penat. Penat manahan kepedihan. Lalu terlintas di fikiran. Siapakah yang boleh memahami keadaan aku ketika ini...
Sejak akhir-akhir ini, fikiran aku menjadi sempit seolah tiada corong-corong udara untuk aku bernafas. Kalau dahulu aku melihat sesuatu dari pelbagai sudut dan pihak. Tapi sekarang tidak lagi. Aku cuma nampak Laila anak aku. Setiap benda yang aku lakukan, aku hanya nampak Laila. Laila umpama nyawa untuk aku terus bernafas. Kalau dahulu, aku suka berenang atau sekurang-kurangnya menyelam. Bila berenang, aku suka dengar bunyi percikan air dan nafas aku sendiri. Terasa seperti suatu kewujudan. Ada nyawa yang berbisik di situ. Membangkitkan semangat aku untuk terus melangkah lagi dan lagi. Tapi itu dulu. Sekarang...Laila umpama nafas aku. Baik yang aku lakukan, maka baiklah untuk Laila. Buruk yang aku lakukan, maka buruklah untuk Laila. Laila harus membesar. Perlu di dedahkan dengan didikan. Itulah cermin buat aku apabila aku sudah tidak mampu melihat diri sendiri nanti. Aku mohon pada Illahi, jadikanlah ia anak yang baik. Anak penyejuk hati orang tuanya.
Semasa aku mengandung, aku sering bacakan surah Loqman untuknya dengan niat supaya dia menjadi anak yang baik. Ya, Allah...janganlah Engkau jadikan dia seperti mana aku dahulunya. Rugilah dia jika menjejak langkah hitam aku. Aku selalu memohon supaya Laila di lindungi dari godaan Syaitan dan Iblis yang boleh menyesatkannya. Aku manatang Laila umpama minyak yang penuh. Aku mohon...janganlah Engkau hilangkan ingatan aku pada anakku...
Hendak sahaja aku berceritakan pada Laila tentang rintihan hati aku. Sejak dari dulu...aku memang seorang yang suka memendam rasa. Bila terlalu banyak perasaan yang di pendam...aku mula melenting. Aku terfikir, masih adakah orang yang boleh memahami tentang diri aku. Apa yang aku suka makan, warna kegemaran aku,lagu kegemaran aku, apa yang aku suka lakukan, apa yang aku tidak suka lakukan, kuih apa yang aku suka, air apa yang aku minum, cerita apa yang aku suka, buku apa yang aku baca, baju apa yang aku pakai, seluar apa yang aku suka, buah apa yang aku suka, dan yang paling penting apa yang boleh membuatkan aku jadi tenang dan gembira?
Aku sering memikirkan perihal orang lain. Kadang-kadang aku membelakangkan diri aku sendiri. Aku lebih suka menyelsaikan masalah orang lain dari masalah aku sendiri. Apakah ada orang lain yang boleh memikirkan masalah aku? Jika ada...mengapa fikiran aku semakin sempit? Atau mungkin aku terlalu memikirkan benda yang tidak sepatutnya aku galas. Adakah aku sendiri yang memenatkan fikiran aku.
Kadang-kadang aku bimbang jika kehadiran aku dalam hidup suami aku banyak menyusahkan dirinya. Aku cuba bantu apa yang aku termampu. Tuntutan bulanan perlu di lunaskan ...rumah sewa RM750, pengasuh RM300, susu dan pampers RM300, utiliti RM200, motor RM163, insurans RM121. Semua sekali berjumlah RM1834. Belum lagi aku tolak hutang kredit kad. 80% dari perbelanjaan ini aku lunaskan dengan meninggalkan baki gaji aku tidak sampai pun RM200 untuk diri sendiri. Kadang-kadang langsung tidak berbaki. Sejujurnya aku redha dan aku harungi. Sejenak aku terfikir, pernahkah kita mengira dalam sebulan, berapa kalikah kita ketawa, berapa patah perkataankah kita bercakap, berapa lamakah kita tersenyum? Apakah perlu adanya carta untuk diri sendiri?
Dahulu semasa arwah hidup, aku sempat kirimkan wang bulanan untuknya jika ada lebihan. Tanda ingatan aku padanya. Sehingga suatu hari, arwah perasan yang aku seolah berkira-kira tentang kewangan. Subhanallah. Aku tidak langsung ada niat untuk berkira dengan arwah mummy. Mungkin kesempitan perbelanjaan menjadikan aku seorang yang berkira. Bagaimana untuk aku hulurkan wang bulanan untuknnya jika wang aku sendiri tidak berbaki? Arwah tidak pernah meminta wang dari aku. Cuma dia berkecil hati pada aku. Pernah dia meminta aku membelikan tiket kapal terbang untuknya. Waktu itu, aku benar-benar kesempitan. Kredit kad over limit. Aku tidak boleh belikan tiketnya. Aku menyuruh arwah minta abang aku belikan. Tapi arwah merajuk. Lalu aku sendiri yang menelefon abang aku supaya belikan tiket untuknya. Tidak aku sangka, perbuatan aku membuatkan arwah berkecil hati. Dia menyuarakan rasa terkilan apabila permintaan dia tidak dapat aku lunaskan. Arwah layak berkecil hati kerana dia tidak pernah meminta apa-apa. Tapi apabila dia meminta, aku pula tidak dapat menunaikannya. Aku kesal. Aku jelaskan tentang keadaan aku. Mungkin arwah merasa hairan tentang kedudukan kewangan aku yang sentiasa tidak mencukupi. Aku tidak salahkan arwah. Yang mengharungi adalah aku. Yang merasa adalah aku...dan yang berdosa juga adalah aku. Itulah aku. Apakah Allah bisa mengampunkan dosa aku? Apakah yang seharusnya aku lakukan untuk menyelamatkan keadaan diri aku sendiri? Suara siapakah yang seharusnya aku dengar?
Aku telan semuanya. Seperti menunggu hari mati. Aku menghitung dosa aku pada ibu aku, pada ayah aku, pada suami aku, pada sahabat-sahabatku dan pada yang ada disekeliling aku. Tidak terkata banyaknya. Nerakah tempat aku? Bolehkah aku mengharungi panas api neraka itu? Terlintas, apakah tujuan aku di muka bumi ini? Adakah aku wujud hanya untuk melakukan dosa?

Monday, August 16, 2010
Sepatu untuk ayah...

Ayah di lahirkan pada 7 Ogos 1943. Bagaimana arwah nenek aku menyambut kelahirannya....?itu aku tidak pasti kerana ayah tidak pernah bercerita. Tarikh itulah lahirnya seorang wira yang bernama ayah dan kelahirannya sangat, sangat, sangat dan sangat bermakna dalam diri aku. Tanpa ayah aku mungkin tidak ada untuk bernafas seperti sediakala.
Minggu lepas ayah datang ke KL. Niatnya untuk menghadiri Majlis Pernikahan cucu saudaranya. Sebenarnya...aku hampir2 terlupa akan tarikh yang begitu istimewa dalam hidup aku. Di saat aku, aku merancang untuk pulang ke kampung namun gagal kerana ayah memberitahu yang dia akan datang ke KL. Habis semua perancangan aku tergendala. Rancangan asal, aku hendak membawa ayah ke Pulau Perhentian. Aku fikir mungkin itu sesuatu hadiah yang istimewa untuknya kerana ayah tidak pernah pergi ke pulau. Kalau dahulu, bila aku menceritakan keindahan pulau...ayah seolah2 menggambarkannya sahaja. Pernah suatu hari dilihatnya dalam akhbar, gambar panorama dalam laut. Di ajukan soalan pada aku....ini gambar betul ke? Atau edit dalam komputer. Aku tersenyum bila ayah bertanya seolah tidak percaya. Aku menjawab, ini gambar betul ayah. Memang dalam laut macam inilah rupanya. Ada penyu melintas, ikan berduyun-duyun...air jernih memang berbeza dengan air pantai di PCB atau Bachok. Ayah mengalih pandangan seolah tidak percaya apa yang aku katakan.
Itulah sebab utama aku hendak bawa ayah pergi ke Pulau. Setelah pemergian arwah mummy...aku belajar untuk mengisi impian dan harapan orang tua terutama ayah....kerana sekarang aku cuma miliki ayah. Hendak aku kongsikan pengalaman yang indah bersama ayah supaya ayah merasa kami iaitu anak-anaknya ada disampingnya untuk menyanyanginya. Terkenang surat arwah...aku tidak mahu lagi ada perasaan seperti mana arwah pernah nyatakan pada aku. Aku sayangkan arwah mummy...aku juga sayangkan ayah. Sudah terlambat untuk aku mengisi impian arwah mummy. Walau aku menangis air mata darah sekalipun Tuhan telah mengambil nyawanya bersama janji-janjinya. Yang pergi akan tetap pergi. Dengan ayat itulah aku meniti hari-hari perjalanan hidup aku.
Dan setiap kali aku terkenang pada arwah mummy...cepat2 aku menempis dengan melafazkan fatihah supaya sebak ini tidak terperangkap di dalam dada.
Berbalik semula tentang ayah.....aku terfikir bagaimana aku hendak meluahkan rasa sayangnya aku pada ayah. Aku berangan yang suatu hari nanti jika Allah memurahkan rezeki dan memanjangkan umur aku dan dia...hendak saja aku menunaikan semua angan2 ayah. Dulu ayah pernah berangan hendak pergi ke China. Mungkin suatu hari nanti....insyaallah. Ayah pernah berceritakan yang arwah mummy teringin sangat hendak pergi ke Egypt. Tapi ayah tidak dapat memenuhi permintaannya lagi pada ketika itu kerana kekekangan kewangan. Ayah pernah bersuara pada aku, seolah dia berasa kesal tidak dapat memenuhi hajat isterinya itu.... Aku tidak salahkan pada ayah. Ayah punya banyak tanggunggan untuk di lunaskan setiap bulan. Sehingga menepikan impian dan hajatnya sendirinya...inikan pula hajat isterinya sendiri. Itulah pengorbanan ayah yang tulus. Arwah mummy pula tidak pernah merungut membanting tulangnya manjaga cucu-cucunya. Pernah aku bertikam lidah dengan arwah, tentang sifatnya yang terlalu lembut. Aku kasihan melihat usianya dimamah oleh bebenan yang tak putus-putus tiba. Sehingga pada suatu hari aku tidak sanggup lagi melihat dia dihujani beban dan aku tidak mahu menjadi penderhaka jika luahan aku itu membuat dia berkecil hati. Aku nekad untuk tinggal jauh dari keluarga.
Tahun 2000, adalah tahun di mana aku mula mengorak langkah sendiri. Memencilkan diri jauh dari keluarga. Langkah pertama aku ialah ke Pulau Langkawi....aku di sana hampir setahun. Aku seronok berada di sana. Aku menikmati hidup dengan cara aku sendiri. Kadana-kadang aku terima surat dari ayah. Aku bacakan surat itu didepan kawan2 aku. Gelak kami pada ketika itu kerna aku mengajuk cara-cara ayah. Aku bangga menerima surat dari ayah. Ingat juga dia pada anaknya ini. Pada waktu itu, mummy jarang-jarang hubungi aku tapi ayah selalu menelefon aku. Bila tiba cuti panjang, aku bersiap2 hendak pulang ke kampung dengan berbekalkan hadiah untuk ayah dan mummy. Tanda ingatan aku pada keduanya.
Tahun 2001, tawaran aku untuk meneruskan pengajian di UiTM diterima. Aku sangat gembira. Tidak dapat aku ucapkan dengan kata-kata. Walhal, aku tidak pernah impikan untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat membuktikan bahawa anak ayah ini hebat jugak orangnya. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi malu dengan orang kampung yang kononnya aku ini budak liar yang tidak ada masa depan. Menjejak kaki ke UiTM adalah pengalaman paling manis buatku. Disinilah aku menanam semangat untuk membuktikan kejayaan pada suatu hari nanti. Di tanah UiTM ini jugaklah aku membuktikan yang penat lelah ayah untuk membesarkan aku berbayar. Aku belajar dengan cara aku sendiri. Aku tidak pernah ada perasaan untuk berlumba-lumba untuk menjadi pelajar cemerlang. Aku cuma mahu jadi diri aku sendiri dengan cara aku sendiri. Aku lakukan yang terbaik untuk diri aku sendiri dan bukan untuk di megah-megahkan. Alhamdullillah, aku berjaya...5 tahun aku di UiTM...cukup mendewasakan diri aku. Segulung ijazah aku genggam dengan rasa tidak percaya. Aku bangga di semester akhir aku mendapat anugerah dekan kerana kecermelangan aku dalam peperiksaan. Aku bangga aku mendapat pangkat kedua tertinggi dalam keseluruhan. Aku bangga aku menjadi diri aku sendiri.
Sebelum ini ayah selalu bising yang aku tidak seperti anak orang lain. Tapi pada hari aku menerima Ijazah aku menangis. Aku menangis kerana aku dapat membuktikan pada ayah dan mummy...yang aku jugak seperti anak orang lain...mampu berjaya dan aku tidak perlu menjadi orang lain untuk berjaya....Terpancar wajah riang pada kedua orang tua aku. Mummy menghadiahkan sejambangan bunga untuk aku. Itulah jambangan bunga yang ketiga pernah aku terima. Arwah mummy cukup gembira dengan kejayaan yang aku ukirkan. Dia seperti tak sabar untuk bercerita pada orang kampung. Aku bersyukur kerana arwah ada bersama merayakan hari konvokesyen aku. Tetapi ada kisah kesedihan yang berlaku pada petang itu...aku simpan dalam hati. Peristiwa yang meruntuh jiwa ibuku...walhal...arwah baru sahaja meraikan kejayaan aku.
Keesokkanya, aku pergi minum bersama ayah di Sunway Pyramid. Pada ketika itulah ayah bercerita....berkongsi sesuatu yang tak pernah di kongsikan pada sesiapa...walaupun dengan arwah mummy sendiri. Ayah mengucap tahniah pada aku. Inilah kali pertama ayah melafazkan yang dia bangga dengan aku. Aku tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti ayah akan berkata begitu. Ayah tunduk...manarik nafas. Ayah berkata, dia sedih bila mengingatkan kata-kata cacian orang pada aku. Ayah berkata lagi....jangan sesekali membiarkan orang lain memandang rendah dengan kebolehan kita. Buktikan yang kita ini juga ada kelebihan. Bukan bermaksud untuk menegak benang yang basah. Jika kita berada di pihak yang benar...maka buktikanlah. Itulah nasihat ayah. Ayah bercerita tentang dirinya. Dia kata, bila di kaji semula, bayangan aku ada ketika dia masih muda. Itulah cermin untuk dirinya. Tapi ayah sungguh bangga dengan aku. Aku terasa itulah kata-kata yang paling berharga dalam hidup aku. Kata-kata yang menjadi azimat yang aku pegang sehingga hari ini. Walhal kejayaan yang terukir tidaklah sehebat mana bagi orang lain yang memandangnya. Tapi aku yang meniti titian perjalanan hidup aku sendiri. Aku tahu di mana letaknya harga diri aku pada ketika itu. Aku sukat berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri. Pada saat itu juga lah ayah mengizinkan aku untuk berumah tangga. Aku diam. Terasa seperti dewasa yang datang tiba-tiba. Ayah seperti sudah bersedia melepaskan tugasnya. Bermulalah perjalanan yang panjang dalam hidup aku selepas itu.
Sungguh aku tidak sangka....jodoh aku datang menjemput pada tahun 2009 dan arwah sempat meraikan bersama. Arwah juga sempat melihat cucunya yang ke-10...cucu terakhir buatnya. Itulah takdir yang datang dalam diam. Baru setahun lebih aku mengenal erti mendirikan rumah tangga...arwah sudah pergi meninggalkan aku selamanya. Memandikan cucunya Laila...itulah ajaran terakhir arwah pada aku. Ktanya, pada pemerhatiannya, anakku Laila tidak susah untuk di jaga. Laila seolah mengerti akan apa yang bakal berlaku. Kadang-kadang, aku perhatikan arwah dari jauh ketika dia membelai laila. Katanya, "nenek tak boleh nak jaga laila dah lepas ni..." sikit pun kata-kata itu tidak terselit dalam jiwa aku yang dia akan pergi selamanya.
Terasa masa yang berlalu begitu pantas. Dari sesat bertukar minit, dari minit bertukar jam dari jam bertukar hari dari hari bertukar bulan dan dari bulan bertukar tahun....apakah yang bakal menjemput aku kemududian hari nanti? Aku redha...aku redha dengan ketentuanMu. Sewaktu aku di Kuching, Sarawak....aku menyinggah kedai sepatu lama. Banyak logokan kasut yang tak laku. Ada yang sepasang 5 ringgit ada yang 10 ringgit. Aku terpandang kasut Johnson...sepatu kegemaran ayah. Tapi sayang...sepatu rekaan yang ayah suka tidak ada. Aku membatalkan niat untuk membelinya. Setidak-tidaknya dapat jugalah aku hadiahkan untuknya.
Semalam suami aku bising tentang sepatunya yang hampir rosak. Aku menyuruh dia pergi membaiki di kedai. Katanya nanti2lah bila kewangan mengizinkan. Sekilas aku terkenang sepatu untuk ayah. Baru-baru ini hari jadi ayah. Aku membawa ayah jalan-jalan di Muzium Islam. Aku tahu ayah suka pergi ke tempat begitu. Bertentangan dengan abang aku yang hendak mengajak ayah pergi ke genting highlands. Untuk mengambil hati semua pihak, aku mengikut sahaja kehendak abang aku. Aku perhati dari jauh....semasa sampai di muzium Islam...ayah seolah-olah tidak sabar untuk masuk melihat-lihat. Berbeza apabila dia sampai di tanah genting. Ayah asyik memerhatikan jam. Ayah melihat-lihat di sekitar menikmati angin sejuk di genting. Ayah banyak diam. Seperti tidak ada topik untuk di ceritakan. Berbeza di muzium Islam tadi, ayah lebih banyak berbicara tentang apa yang dilihatnya. Aku sudah menasihati abang aku, yang ayah mungkin tidak berapa suka pergi ke genting highlands. Itu bukan tempat dia. Tapi abang aku berdegil dan hendak membawa ayah juga. Bila sudah terlalu lama di sana, ayah kesejukan. Anak aku laila juga kesejukan. Kami tidak bersiap sedia untuk kesana...pergi kerana abang aku mendesak berkali-kali.
Setelah rancangan untuk ke Pulau gagal, aku merancang untuk meraikan hari kelahiran ayah di Restoran Tupai2 atau setidaknya bermalam di tanah tinggi Janda Baik atau Cameron Highland. Tapi sekali lagi rancangan aku gagal.....abang aku mendesak untuk pergi makan malam di Restoran Ikan Sungai. Semua perancangan aku menemuai kegagalan. Aku tidak dapat menrencanakan mengikut kehendak aku. Tiada kek mahu pun hadiah untuk ayah. Hendak aku tebus masa itu semula. Mungkin sebelum raya menjelma akan aku pulang ke kampung. Kali ini aku hendak menyambut semula hari jadi ayah dengan cara aku sendiri.Baru aku puas. Sepasang sepatu mungkin menemui ayah nanti....sekurang-kurangnya dapatlah dia bergaya di hari raya. Sepatu itu tanda di mana sahaja ayah melangkah....aku akan sentiasa ada bersama melindungi kaki ayah.
Ayah menyuarakan hasratnya untuk mengembara bersama kereta buruknya. Aku menghalang. Aku takut apa-apa terjadi padanya dan tiada siapa yang tahu nanti. Lainlah jika aku ada bersama menemani ayah. Tergambar kesunyian ayah. Sehingga melakarkan hasrat sebegitu rupa. Apakah yang bermain di kotak pemikiran ayah? Hanya Tuhan yang tahu. Biarlah ayah mengorak langkah yang lebih baik dengan sepatunya nanti....Selamat Hari Jadi Ayah....Doa anakanda sentiasa mengiringi ayahanda...
Monday, July 19, 2010
Terbang sejenak ke SARAWAK

Tahun ini sepatutnya aku dan keluarga terbang ke Manado...tapi busuk hatinya Air Asia depa batalkan penerbangan ke sana selepas aku dah beli tiket dan uruskan segala aktivit dan tempat tinggal disana. Terasa bengang jugaklah. Aku dah setting semua hampir sempurna...cuma perlu terbang je. Itu pun Henry dari Manado bagitau aku yang Air Asia sudah batalkan semua penerbangan ke Manado. Aku terus hubungi Air Asia dengan perasaan bara dan tidak puas hati. Ye lah...macam mana orang lain boleh tahu sedangkan aku yang sudah beli tiket pun tak di beritahu oleh pihak Air Asia sendiri. Tiada alasan yang di berikan. Aku mintak wang aku di kembalikan. 3 minggu lepas tu, barulah wang aku di kembalikan melalui debit Master Card.
Selepas je kejadian Air Asia...aku no idea mahu ke mana. Masa tu, arwah sedang sakit tapi belum tenat lagi. Sedang elok aku mencari tiket untuk balik kampung menziarah arwah yang sedang sakit...aku terbaca iklan harga runtuh terbang ke bermacam-macam destinasi. Takde plak terlintas untuk ke Sarawak. Seminggu selepas aku selesai beli tiket balik ke kampung, suami aku bertanyakan aku....kalau pergi Sarawak OK tak? Aku membalas....boleh la...Seingat aku terakhir aku menjejak kaki ke Sarawak tahun 1997 dengan Ayah, Mummy dan Abang aku si Zul. Ya..kami berempat je. Tapi kami tak sempat nak menjelajah Sarawak pada waktu tu. Ayah aku cuma nak menziarah jiran lama dia sambil kami menghala ke Brunei. Kami hanya pusing-pusing sekitar Kuching saja. Mee kolok...itulah makanan yang ayah pesan masa di kedai makan.
Selepas aku mengira, di tolak, di campur dan di bahagi perbelanjaan untuk ke sana maka aku punsetuju pergi ke Sarawak. Kami ke sana 4 hari 3 malam terbang bersama Malaysia Airline. Selama kami di sana, aku sangat berpuas hati dengan hotel tempat kami tinggal....selesa dan bergaya. Kat situlah juga kebab paling sedap pernah aku makan. Teringat2 sehingga sekarang. Memang sedap....kalu boleh aku nak je rekemen JJCM wat preview kat restoran tu. Restoran TARBUSH pun tak boleh nak lawan lagi. Depa kena belajar lagi rempah ratus masakan Mediterian ni. Tak aku sangka makanan di sana murah-murah dan sedap. Aku sangat suka...aku hanya boleh luahkan dengan mengangkat ibu jari je. Tempat paling aku suka...lepak di Waterfront. Best! Tenang dan sejuk mata memandang coz ade banyak pokok-pokok redang and suka tengok gelagat orang di sekitar. Kampung Kebudayaan antara aktiviti yang paling aku suka. Semua benda aku hendak cuba dan rasa. Orang jual bahulu...aku beli bahulu...orang jual gambir...aku beli gambir...orang jual ubi kayu aku santap jugak...nasib baik orang tak offer aku makan ulat sagu je...
Sangkaan aku kat sana tak adalah kepala orang. Rupa-rupanya bersepah jugak. Nasib baiklah Laila tak meragam di sebelah malamnya. Risau jugak aku menjejak kaki ke tempat macam tu dengan bawak budak kecik macam Laila ni. So far, Laila tak ada buat perangai. Malah dia nampak lebih ceria dan berbunga riang. Macam tahu-tahu je dia kat negeri orang. Bergurau dialah no-1. Gelak mengalahkan orang kena geletek separuh mati.... Aku bersyukur segala berjalan dengan lancar.
Apa yang aku paling tidak puas hati...Klinik di Kuching tutup sangat awal. Aku tak sempat nak buat dressing cuci luka aku. Paling menyirap....ubat yang perlu di guna tak ada plak! Aku terpaksa tunggu ke esokkannya. Itu pun di buat cincai2. Lantaklah...lagipun temujanji aku dengan doktor lusa. Nanti pandai-pandailah nurse dekat Sunway Medical buat dressing lain.
Aku belikan banyak barang untuk Laila. Mana tak...dapat voucher free RM70 Parkson. Apa lagi...aku gunalah kesempatan tu. Balik dari Taman Buaya...aku ada belikan kek lapis Sarawak. Aku beli 2 je. Aku malas nak bawak barang banyak bila balik KL...leceh. Yang lain sebagai kenangan aku beli subang, gelang and key-chain. Cukuplah tanda kami sekeluarga pernah menjejak kaki ke sana.
Tahun depan....denstinasi kami harus ke Pulau. Aku merancang nak sambut hari jadi Laila kat pulau plak....harap-harap suatu hari nanti Laila jatuh cinta dengan laut macam aku. Tak sabar nak tunggu Laila besar nak pergi snorkeling sama-sama and diving sama-sama....Kita tungguuuuuu....
Friday, July 16, 2010
Jangan Lupakan.......(song by NIDJI)

Mendengar lagu "Jangan Lupakan....." mengingatkan aku pada perasaan ayah. Apakah ini yang ayah rasakan...? Tidak di nafikan...setelah pemergian arwah mummy...aku banyak fikirkan tentang ayah. Aku tidak dapat bayangkan hidup aku tanpa ayah. Teringat aku pada surat yang arwah tujukan pada aku. Kata arwah...walau banyak kali aku katakan yang aku sayangkan dia...tapi dia (mummy) tidak dapat merasakan sayang itu....Jiwa aku tersentak bila arwah berperasaan begitu selama ini. Aku terasa amat bersalah.
Aku cuba fikirkan kembali apa yang menyebabkan arwah merasa begitu. Tidak di nafikan tekanan hidup di metropolitan dan duniawi merugikan aku. Mungkin jiwa aku yang selalu tertekan dengan bebanan kerja dan hiruk pikuk di bandar menyebabkan aku tidak sedar kekadang perbuatan aku menyentuh perasaan ibu kandung aku sendiri. Aku tidak dapat memaafkan diri aku sendiri. Sungguh besar kesalahan yang aku lakukan.
Aku adalah salah seorang anak mummy yang merasakan pemergian arwah meninggalkan sejuta penyesalan. Aku terasa ralat. Setiap kali aku membuka Quran untuk di sedekahkan pada arwah...dada aku merasa sebak. Masuk saja ayat ke-11 surah Yassin...air mata ini laju meluru keluar. Suara aku tenggelam bersama sejuta penyesalan. Aku mula teringatkan wajah akhir arwah semasa di hospital. Di mana waktu itu....arwah memberi tindak balas bila aku memanggilnya. Air matanya mengalir seolah-olah ada sesuatu yang ingin dia katakan. Tapi arwah terlalu nazak dan tidak terdaya. Dia hanya mampu mengangguk dan menangis. Itulah genggaman terakhir arwah di tangan aku. Jiwa aku terdiam ketika itu. Tidak aku sangka penyakitnya merebak begitu cepat. Lebih mengharukan bila melihat ayah menangis di depan Quran. Ayah tidak dapat menyembunyikan lagi air matanya. Minitis perlahan air matanya pada helaian surah Yassin. Aku jadi semakin buntu pada waktu itu. Aku jadi semakin gelisah bila berada di wad arwah.
Datang bermacam-macam bayangan dan fikiran. Satu persatu aku tempiskan. Aku renung sekujur tubuh arwah dari jauh. Jiwa aku tidak dapat bersuara. Seolah-olah roh aku tidak ada di situ. Aku membayangkan kesakitan yang arwah alami. Sesekali aku teringatkan arwah semasa dia masih sihat. Aku menepis lagi. Tidak. Mummy tidak mungkin akan pergi lagi....aku yakinkan diri aku. Tapi sebenarnya sudah terlambat. Aku semakin gelisah bila semua orang mula membacakan Yassin untuk arwah. Aku gelisah kerna aku tidak mahu dia pergi. Aku nak arwah ada seperti sediakala. Tapi itulah hakikatnya. Hakikat yang membawa takdir dari Illahi. Aku melapang dada cuba menerima.
Tapi tidak semudah yang aku sangka. Bila ayah dan yang lain bersetuju membawa balik arwah ke rumah kerana tidak sanggup lagi melihat dia terseksa aku tidak tahu yang mana harus aku pilih. Pada awalnya aku setuju tapi bila ayah sendiri yang bersetuju aku merasa gelisah pula. Tiba-tiba fikiran aku berubah. Aku tidak sanggup. Tapi ayah sudah menandatangani surat. Aku perhati dari jauh. Aku merasa sayup. Apakah ini yang arwah inginkan?
Aku pulang ke rumah bersama suami dan Laila. Di rumah kami semua menunggu ambulans menghantar mummy ke rumah. Hati aku berdebar-debar. Mengikut kata doktor, arwah mungkin tidak dapat bertahan lama tanpa oksigen. Paling lama 2 jam. Tapi kami semua berharap keajaiban akan berlaku. Sedang elok ambulans sampai di pintu rumah aku, hujan lebat mula turun. Cuaca seolah-olah berkongsi perasaan dengan kami. Sebelum oksigen di tarik dari muka arwah...ayah sempat mengajar arwah mengucap. Ketika itu mummy masih bernafas. Bila arwah di usung masuk ke rumah...arwah menghembus nafas terakhir betul-betul di hadapan pintu masuk mengikut kata sepupu arwah. Kerna dia yang menyaksikan arwah mula terkulai layu selepas nafas terakhirnya.
Aku tidak perasan. Aku hanya sibuk mengiringi arwah untuk di letakkan di atas katil. Apabila semua orang sibuk menyatakan arwah tidak lagi bernafas....aku jadi tergamam. Aku tidak percaya dengan apa yang mereka kata. Aku periksa nadi arwah. Lama aku periksa. Aku meletak telinga di dada arwah. Aku cuba mencari bunyi degupan. Aku tidak puas hati, aku periksa nadi dia lagi. Sepupu arwah, Mak cik Gayah perasan dengan sikap aku....dia mengusap-usap perlahan di belakang aku. Aku bangun dari katil. Aku menelan air liur. Berkali-kali mata aku berkelip seperti menyedarkan diri dari mimpi. Aku keluar dari bilik arwah dan tidak dapat manahan perasaan hiba dan sedih. Aku menangis dan terus menangis....
Laju air mata aku keluar. Semua yang lain turut menangis. Aku tidak sangka. Arwah sudah tiada. Sekujur tubuh yang ada di atas katil itu hanyalah jasadnya. Itulah saat yang genting yang aku sangka dapat menerima. Rupa-rupanya perasaan itu jauh berbeza. Antara tidak dan iya. Gugur luntur segala jiwa aku. Itulah perasaan yang sebenarnya. Percayalah...bukan senang untuk menerima takdir itu.....
Adakah ayah berkongsi perasaan yang sama dengan aku?
Seharian aku menemani ayah sebelum ayah berangakat ke rumah abang aku. Sekali-sekala ayah membahasakan dirinya "abang"... Abang itu merupakan panggilan arwah kepada ayah. Kalau dahulu ayah selalu tersasul dengan panggilan "Tok ayah" bila bercakap dengan aku. Tapi kali ini berbeza...."abang"....begitu ketara kerinduan ayah. Aku membiarkan saja gelagat ayah. Wajah ayah nampak lain. Ayah biasanya tidak suka keluar berjalan. Tapi kali ini berbeza. Ayah mengajak aku keluar. Seolah-olah ayah tidak suka duduk di rumah aku. Mungkin ayah masih teringat-ingatkan bayangan arwah. Aku bawa ayah keluar berjalan. Ayah hendak beli barang untuk cucu-cucunya. Katanya...biasanya arwah akan belikan sesuatu bila balik dari KL. Ayah merasa cucu-cucunya berharap sesuatu buah tangan darinya. Ayah jarang belikan barang untuk cucu-cucunya. Biasanya ayah hanya berikan duit pada arwah untuk di belikan. Itulah perbezaannya dulu dengan sekarang. Mungkin pada yang melihat dengan mata kasar....itu perkara normal. Yang hidup akan mati. Iya...aku setuju. Tapi untuk memikulnya bukan semudah yang di sangka. Itulah hakikat...hakikat yang pasti akan menjemput kita....
Thursday, July 15, 2010
Mengimbau Nafas Perjuangan Ayah....

Hari ini masuk hari ke-5 ayah tak lagi menguruskan kedainya....STUDIO WARNA...itulah satu tempat yang cukup sempurna bagi ayah untuk menampung bukan sahaja anak-anaknya tetapi juga cucu-cucunya untuk terus hidup seperti orang lain.
Masih aku ingat, suatu ketika dulu kedai ayah sangat sempit dan kecil. Kedai ayah penuh dengan habuk. Ayah memang sibuk dan kadang-kadang aku di marahi jika di usik barang-barangnya. Kata ayah, jangan di usik barang orang tu...kalu nak tolong ayah...tolong kemaskan sticker dalam almari kaca tu. Aku tengok atas meja kaca tu penuh dengan plat nombor kereta. Kemudian ayah keluar menuju kehadapan kedai melukis gambar wajah perempuan "Minyak Mustika Ratu" pada van putih pelanggan ayah. Aku seronok bila ayah bagi kebenaran untuk menolongnya. Ya lah...sambil tu bolehlah aku mengusik sticker-sticker dalam almari kaca tu. Mana tidak. Ada banyak sticker-sticker menarik boleh aku tampal kat mana-mana aku suka. Ada sticker Ghost Buster, Fido Dido, Mickey Mouse, Donald Duck...macam-macam rupa dan warna. Sesekali aku tarik sticker yang aku berkenan dan selitkan pada pinggang seluar aku. Tiba-tiba ayah muncul, di bilangnya jangan di ambil sticker-sticker tu. Seolah-olah tahu niat aku. Katanya sticker tu semuanya mahal. Bukan untuk budak-budak. Berdebar-debar hati aku bila ayah menegur. Aku mula rasa takut. Hendak di letak balik takut dia nampak. Aku terus melarikan diri dari tempat almari kaca dan menuju ke ofis ayah.
Dalam ofis ayah ada air-cond. Ada satu lukisan harimau yang sangat besar tergantung pada dinding meja ayah. Lukisan tu, ayah sendiri yang lukiskan. Aku memang takut tengok lukisan tu. Seolah-olah harimau tu melihat saja pergerakan aku. Aku terus duduk membelakangkan harimau. Aku usik telefon ayah. Ingat lagi warna telefon hitam ayah yang klasik tu. Aku buka Yellow pages...aku cari nama seakan nama ayah lalu aku dial. Bila ada orang mengangkat....aku ketawa kemudian aku letak. Aku cari lagi nama lain. Bila ada orang mengangkat, aku cakap hello...hello..mung sapo?Kemudian aku letak. Aku seronok dengan gelagat aku sendiri, aku dial lagi nombor lain....kali ini ayah nampak. Ayah masuk ke dalam ofis. Aku dimarahi lagi. Aku letak telefon tu. Ayah kata, "jangan main telefon....nanti kalau ada orang nak telefon ayah susah!"
Agaknya kerja ayah sudah selesai. Ayah duduk dalam ofis bersama aku. Dalam beberapa minit kemudian...arwah mummy datang. Arwah baru pulang dari Pasar Tani. Ya...hari itu, hari Jumaat. Biasanya hari jumaat aku kena tinggal dengan ayah di kedai. Barulah senang arwah hendak membeli barang. Aku seronok bila tengok arwah mummy sudah pulang. Aku mencari makanan untuk di makan. Biasanya aku kirimkan popcorn dengan apam balik berserta air kelapa. Arwah mesti belikan. Sebab dia tahu anaknya menunggu dan sangat berharap. Aku jamah popcorn dulu. Kemudian aku makan apam balik. Pada ketika itu, aku selalu membayangkan apam balik inilah pizza. Aku selalu berangan hendak makan pizza. Aku suka buka kuih apam balik tu supaya nampak kacang dan jagung-jagungnya. Aku makan sambil membayangkan kelazatan pizza.
Sambil aku makan, mummy menyuruh ayah membuat panggilan ke Brunei. Ayah membuka diari dan mendailkan nombor operator. Sedang beberapa minit telefon ayah berbunyi. Kelam kabut aku handak mengangkat. Oh, operator rupa-rupanya. Operator sudah menyambungkan panggilan ayah ke Brunei. Ye lah...kami waktu itu, tak mampu bayar bil telefon yang membuat panggilan jauh. Biasanya Babah akan membayarnya. Pada waktu itu, aku tidak mengerti apa yang arwah mummy sembang dengan babah. Yang aku tahu...aku nak habiskan popcorn dan apam balik aku. Sebelum jam 12 tenghari kami akan pulang ke rumah. Ye lah...mummy nak masak lagi, ayah nak pegi sembahyang lagi....Kami pulang menaiki lori biru ayah. Aku duduk "open air" kat belakang. Aku seronok duduk belakang terasa angin sangat dekat dengan aku. Tapi bila ayah pandu dan lalu sebelah kereta lain...aku menyorok malu. Itulah nostalgia aku yang masih segar dalam ingatan.
Tapi kini aku tak pasti...adakah suatu tempat yang bernama STUDIO WARNA tu akan terus kekal menyambung hasil gagah ayah suatu ketika dulu. Di STUDIO WARNA itulah tempat ayah membanting tulang empat keratnya untuk menyara kami. Untuk belikan buku-buku, bayar yuran sekolah, yuran kelas taekwando, yuran tuisyen, belikan basikal Lee Run aku, belikan motor RXZ untuk abang Zul, sesekali bawa kami berjalan jauh merentas awan ke kampung Mummy, menampung perbelanjaan abang aku di Liverpool, lengkapkan kemudahan bilik kami dan bermacam-macam lagi untuk di senaraikan. Itulah pengorbanan ayah yang tidak akan dapat aku balas jasanya.
Bercerita pasal buku. Ayah sangat mengambil berat tentang pelajaran kami. Itulah yang paling utama ayah selalu tekankan. Ayah handak melihat kami semua berjaya. Ayah kata dia sanggup berhutang jika untuk pelajaran. Setiap minggu ayah akan hantar kami ke Perpustakaan Awam Kota Bharu. Kami wajib meminjam 2 biji buku. Satu bahasa dan satu lagi English. Kami di suruh habiskan kerna sebelum hantar semula ayah akan soal isi kandungan buku yang kami pinjam. Masih aku ingat, ayah selalu bawa kami ke kedai buku. Ayah belikan banyak buku seolah-olah mahu di jual buku tu. Aku tidak mengerti masa tu. Ayah benarkan kami pilih apa saja buku yang ada dalam kedai tu. Ambillah banyak mana pun ayah tak kisah. Janji kami semua di bekalkan buku-buku untuk keperluan sekolah. Ayah beli buku sampai penuh kereta sampai penuh bonet depan dan seat kereta Volksegen ayah. Aku seronok sangat bila tengok ada macam-macam buku.
Nama kedai buku kegemaran ayah tu Syarikat Muda Osman. Kedainya dulu sangat kecil. Ayah kenal rapat dengan tauke kedai tu. Bila aku sudah dewasa, baru aku tahu yang ayah beli buku tersebut dengan berhutang. Terasa kesal. Baru aku sedar yang kami tidak menghargai buku-buku yang ayah belikan. Ada yang tidak di gunakan langsung. Tersimpan dalam stor begitu saja. Jika di gali balik stor di rumah kami, buku-buku tersebut masih elok dan boleh di gunakan. Sekarang generasi lain yang guna pakai semula buku-buku tu. Anak-anak kakak dan abang aku. Pernah aku membelek buku-buku yang pernah ayah belikan. Aku langsung tidak membuat latihan dalam buku tersebut. Kalau ayah tahu pasti dia sedih.
Setelah aku punya keluarga sendiri, baru aku tahu....bukan senang untuk mencari sesuap nasi. Banyak dugaan dan rintangan bila sudah berdikari. Kalau dahulu semuanya ayah yang sponsor....kami hanya goyang kaki. Tapi sekarang jika sepinggan nasi aku makan tak habis aku terasa sangat membazir. Aku mesti habiskan. Jangan kata dalam pinggan aku, kadang-kadang dalam pinggan kawan-kawan aku yang tak habis makan pun aku cuba tolong habiskan. Kalau dahulu aku menguruskan perbelanjaan aku sendiri. Tapi kini berbeza, aku menguruskan perbelanjaan keluarga sendiri. Tidak sama. Kalau sebelum kahwin aku tidak kisah dengan apa yang aku makan. Sekali sehari pun tak apa. Tapi kini, aku kena fikirkan untuk anak-anak dan suami. Terutama Laila anak aku. Aku sanggup berhutang untuk membesarkan Laila. Makanan Laila hendaklah yang terbaik. Supaya dia membesar dengan sihat. Perubatan Laila juga hendaklah yang terbaik. Semua itu aku utamakan dan aku ke tepikan benda-benda yang lain. Aku akui perbelanjaan kami agak sempit tapi kami berjaya atasi. Itulah kemurniaan hidup berumah tangga. Perjuangan bersama keluarga amat berbeza. Satu perjuangan yang tidak dapat kita beli dari sesiapa atau di tukar milik. Walau perit dan letih kita akan rasa bahagia meneruskan kehidupan. Sikap berputus-asa bukanlah sifat aku. Itulah yang akan aku bicarakan pada Laila nanti. Jangan sesekali berputus-asa...sebaliknya kita harus merasai apa itu erti kesusahan barulah kita gagah berani ke hadapan. Biarlah kita membenarkan keadaan itu merasai diri kita. Suatu hari nanti...kita akan merasa keindahannya dan tersenyum.
Ayahlah satu-satunya manusia yang tidak pernah berputus-asa. Banyak aku belajar dari ayah. Kalau dahulu aku selalu membantah kehendak ayah....tapi ayah tidak jemu mengulangi permintaan dia walau dia tahu aku tidak akan turut kemahuannya. Ayah tidak pernah bosan melayan kerenah anak-anaknya yang selalu menyusahkan dirinya. Di marahi, kami buat lagi. Berkali-kali....sehingga kami sudah punya keluarga sendiri ayah masih tidak jemu menabur pengorbanannya. Aku pernah terokai kehidupan orang lain. Sikap ayah tidak seperti ayah orang lain. Ayah tidak akan sesekali membiarkan anak-anaknya kesusahan. Pelbagai perancangan masa depan ayah lakukan untuk anak-anaknya. Jika cara ini tidak berkesan, di fikirkannya pula cara lain. Sehinggalah ayah mengambil keputusan untuk berhenti dari bekerja dan sekaligus melepaskan semua tanggungjawabnya yang di pikulnya. Ayah berhak melepaskan tanggungjawab tersebut kerna kami semua sudah punya keluarga sendiri. Hanya ada satu perkara sahaja yang ayah fikirkan. Arwah mummy....ayah cuba seupaya mencari sesuatu untuk di sedekahkan pada arwah mummy. Dari sekolah pondok hinggalah ke masjid...dari rumah orang tua sehinggalah rumah anak yatim. Ayah mahu melakukan sesuatu untuk arwah mummy....kerna ayah tahu semasa arwah hidup...ayah tidak sempat menunaikan permintaan dan kehendak arwah. Mungkin itu yang membuat ayah merasa sedih.
Ayah sempat bermalam di rumah aku sebelum berangkat balik ke kampung. Di luahkan perasaan sayunya lagi. Kata ayah, semasa tayar kapal terbang mencecah tanah air Brunei...air mata ayah berguguran sehingga ayah tidak mampu menahan. Bercucuran mengalir walau dia cuba manahan. Tapi ayah kalah. Ayah membiarkan air matanya mengalir dan melepaskan perasaannya itu. Ketika ayah di sambut oleh sanak saudara di sana....ayah tidak dapat mengucapkan kata-kata. Air matanya terus mengalir. Agaknya...itulah yang babah aku katakan. Ayah terasa amat sedih menjejak kaki ke Brunei. Gementar perasaan ayah untuk bersuara. Ayah bercerita...dia tidak dapat bercakap walaupun sepatah. Dia terpaksa mendiamkan diri. Jika tidak...air matanya akan mengalir dan jiwanya akan tersentuh. Ayah berubah menjadi seorang yang sangat sensitif setelah pemergian arwah. Beberapa jam kemudian barulah dia boleh bersuara. Bila soalan di ajukan, bagaimana arwah meninggal...ayah mula tersentuh lagi. Itulah ayah. Walau ayah seorang yang garang, tegas dan gagah dalam perjuangan hidupnya...tapi dia mudah tewas bila arwah sudah tiada. Aku sangat kasihan melihat keadaan ayah kerna aku tidak pernah melihat ayah mudah tersentuh dan bermain dengan jiwanya sendiri....
Ayah...anakmu ini akan cuba membahagiakan dirimu.....kerna aku hanya punya ayah sahaja. Dan dia hanya satu....
Friday, July 2, 2010
Cinta seorang ayah kepada isterinya dan kasih seorang ayah kepada anak-anaknya....
Hari ini sudah masuk hari ketiga ayah berada di Brunei. Kami sempat bertemu sebelum ayah bertolak ke Brunei dan makan malam bersama-sama. Sayu...itulah yang dapat aku ungkapkan bila menatap wajah ayah. Ayah begitu sayang kepada mummy. Ayah merasa janggal kerana datangnya kali ini berseorangan. Ayah menceritakan yang dia masih terbayang-bayang dan teringatkan arwah mummy. Bila masa dia melintas di hospital...berada di rumah abang aku di KL, berjalan-jalan di taman dekat rumah abang aku....seolah-olah arwah masih ada bersama ayah. Aku memahami perasaan ayah. Aku terdiam bila ayah meluahkan perasaan itu semua. Dalam hati hanya ada Al- Fatihah. Serentak itu juga...ayah menceritakan semasa dalam flight, tempat duduk di tengahnya kosong. Dia terasa seperti arwah bersamanya.....sebak dada aku bila mendengarnya.....
Sedang elok makanan memenuhi ruang meja, kami makan bersama. Jika arwah masih ada...dialah orang yang paling seronok bila abang aku belanja kami semua makan. Sambil makan sempat juga aku menjeling ke pinggan ayah. Lauk tidak dijamah sangat. Ayah cuma makan sayur dan telur dadar sahaja. Aku menyapa ayah, kenapa tidak di ambil lauk-lauk yang lain. Ayah mengangguk. Lagi sekali aku merasa sayu melihat wajah ayah.
Selesai makan, sekali lagi ayah menyatakan rindunya pada arwah. Berat hatinya untuk ke Brunei. Dia akui merasa sedih untuk pergi ke kampung mummy kali ini. Kalau dulu hatinya berbunga riang kerana bertemu jodoh di sana tapi kali ini perginya untuk menyatakan kepada sanak saudara di sana yang isterinya sudah kembali ke Rahmatullah....
Selang sehari di Brunei...aku menelefon bapak saudara aku hendak bertanyakan khabar ayah. "Babah" itulah panggilan untuk bapak saudara aku. Babah menceritakan ayah menangis-nangis teringatkan arwah mummy. Babah turut simpati dengan ayah. Babah juga menangis bila melihat keadaan ayah. Seolah tidak dapat meluahkan tapi hanya dengan linangan air mata membuktikan cintanya pada si isteri iaitu arwah mummy. Tersedu aku mendengar bila babah memberitahu. Tidak aku menyangka ayah sebegitu keadaanya. Teringat pula anak saudara aku si Fatin. Pernah bercerita yang ayah kerap ke kubur mummy. Boleh dikatakan tiap-tiap hari dia melawat. Pantang ada waktu, dia akan menyinggah. Terdetik dalam hati aku...apakah yang bermain di lubuk dan pemikiran ayah? Bagaimana untuk aku menemani perasaan ayah? Kesyahduan ayah membuat aku risau akan kesihatan ayah.
"Ya...Allah, cucurilah rahmatMu keatas ibuku....lindungilah dia dari azabMu. Sessungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan tiada yang benar selain dari janji-janjiMu...Ya...Allah, Engkau bahagiakanlah jiwa ayahku. Berilah dia ketenangan menghadapi dugaanMu...berilah dia semangat untuk terus bersama kami anak-anaknya....kerna kami sangat mengasihinya....seperti mana dia mengasihi kami dari kami kecil lagi.AMIN.
Kotak pemikiran aku di ganggu. Aku teringat malam ketiga selepas arwah meninggal iaitu sebelum aku pulang ke KL. Ayah menyatakan kehilangan arwah seolah patah tangan kanannya.....lalu Ayah tunduk dan menarik nafas yang panjang. Ayah menyatakan yang dia merasa seperti mummy di KL dan akan balik tak lama lagi. "Tapi mungkin selepas korang semua (anak dan cucu) balik ke KL dan masing-masing mula bekerja....mungkin Ayah akan mula merasa kehilangan mummy yang sebenarnya...." Sekali lagi ayah diam.
2 malam ayah tidak tidur di biliknya. Tidak pernah ayah tidur berseorangan di bawah. Kesian melihat ayah. Aku mengambil selimut menutupi tubuh ayah dengan penuh rasa kasih. Aku dan yang lain tidur di bilik arwah. Aku bukakan pintu untuk menampakkan ayah di luar. Seolah-olah kami semua menemani ayah. Aku meninggalkan lampu yang malap mengulit tidur ayah. Syahdu....itulah perasaan aku kepada ayah.
Sebelum arwah meninggal...ada ditulisnya beberapa pucuk surat kepada aku. Aku terasa amat kesal lambat membacanya. Aku akui punya krisis dengan arwah....bukanlah bermaksud untuk menderhaka. Tapi ada kemungkinan sikap aku itu menghiris perasaan mummy. Itu yang membuat aku amat kesal dan menyesal. Terdetik dalam hati aku...kali terakhir aku bercakap di telinga arwah...aku meminta ampun darinya. Dia mengangguk-angguk beberapa kali seolah mendengar dan memahami di iringi air mata yang mencurah-curah. Hati aku merasa amat kecut pada ketika itu. Kerana sebelum ini, bila aku memanggil mummy dia tidak memberi tindak balas apatah lagi mengenali aku. Tapi sehari sebelum dia meninggal dia seperti dia sudah mengenali dan seolah-olah sedar yang dia tidak boleh hidup lama lagi.
Apabila sepupu arwah menyuruh aku mengajar mummy mengucap....aku merasa terkedu. Bukan aku tidak mahu mengajar. Tapi aku takut itulah ucapan terakhir aku kepada mummy. Aku menarik nafas panjang....dan perlahan-lahan aku membisik kalimah Allah di telinganya. Dia menggenggam tangan aku...mengalir air matanya. Pada ketika itu, aku tidak sanggup melihat keadaannya yang sangat nazak. Tapi aku tabahkan hati. Dan mengharap supaya diampunkan dosaku. Berkali-kali aku memanggil mummy agar di buka matanya....dan sekali lagi aku meminta agar dimaafkan. Dia mengangguk...tapi aku tidak pasti adakah dia mengerti apa yang aku nyatakan. Aku berserah bulat-bulat pada yang Esa......
Pesanan aku buat kalian yang membaca blog ini, hargailah ibu kalian sebelum kalian tidak dapat berbuat apa-apa lagi......saat di mana ibu anda sendiri tidak mengenali anda...itulah saat genting yang akan menghiris dada kalian. Kenalilah ibu anda sebelum dia tidak dapat mengenali anda lagi...

Friday, June 11, 2010
.....pada yang Kuasa...aku bermunajat.

Hati ini cuma ada separuh.
Separuh lagi telah hilang.
Laila anakku.
Ibu akan sentiasa bersamamu.
Kaulah kasih ibu.
Kau jugalah kekasih ibu.
Yang terbaik hanya untukmu.
Ibu cuba membuka dan menerima.
Tak akan hilang janji ibumu.
Laila anakku.
Kau semangatku.
Berjuanglah bersama ibu.
Agar ibu gagah berani dan lengkap bersamamu.
Wednesday, June 9, 2010
Tentang kehidupan
Ejakan aku perkataan H.I.D.U.P.
Langunkan ia menjadi satu.
Ajarkan aku tentang keindahan.
Corakkan ia bersama masa.
Apakah aku keseorangan?
Terangkan pula pada aku tentang terasing.
Bagaimana pula dengan pinjaman?
Mampukah aku menyempurnakannya?
Genggamlah tangan aku.
Rasakan darahku.
Yang mengalir adalah nyawa.
Itulah aku.
Bagaimana kita mengolahnya?
Itu...
adalah antara kamu.
Nukilan : KAYMIND

Al-Fatihah untuk bondaku cintai....

Al-Fatihah.Berkumit2 mulutku melafazkan surah fatihah untuk arwah ibuku yang telah meninggalkan aku pada Ahad, 30 May 2010 jam 5.45 petang. Syahdu yang amat sangat. Perginya penuh seribu tanda tanya. Perginya meninggalkan jejak yang sangat mendalam pada aku. Arwah di kebumikan pada pagi Isnin selepas jam 10.00 pagi. Terasa berat hati untuk melihat wajah yang terakhir itu pergi. Aku bersama kakak aku sama2 mandikan jenazah. Setiap inchi tubuh kaku itu aku tatap. Begitu besar kuasaMu Tuhan. Terasa masa yang sudah2 berlalu begitu pantas. Dada aku manahan sebak setiap kali air dicucur ke tubuhnya. Sesekali air memasuki ke rongga hidungnya. Tubuh kaku itu tidak menunjukkan sebarang reaksi tindak balas. Tersentak hati aku...kekadang aku terlupa yang arwah sudah tidak bernafas lagi. Kerna aku cukup teliti semasa mandikannya. Takut2 air mengalir ke rongga hidung menyebabkan dia tersedak. Tapi arwah sudah tidak bernyawa lagi. Yang ada hanya jasadnya sahaja. Sayu aku melihat jasadnya seolah2 tersenyum. Dalam hati aku meminta dan merayu pada yang Esa supaya rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.AMIN.
Selesai sahaja memandikan jenazah, jasadnya di angkat untuk di kafankan. Sekali lagi jiwa aku tersentak. Hati berdebar-debar kerana hanya beberapa minit sahaja lagi jasadnya akan meninggalkan rumah dan tinggal berasingan. Sehelai demi helai kain kafan membaluti di iringi dengan kapas yang berbau harum. Aku menahan air mata dari mengalir. Sesak rasanya dada ini. Aku kemaskan kain kafan dengan menyelit satu persatu helaian. Sampailah helaian terakhir.Terkedu aku...itulah wajah terakhir ibuku.Seluruh jasadnya sudah siap sedia untuk pergi selamanya. Ayah aku memanggil semua anak2, manantu dan cucu2nya untuk ciuman kali terakhir. Aku melarikan diri. Tak tahan air mata ni seolah-olah berlumba-lumba hendak mengalir. Aku menangis sepuas2nya. Tidak sama sekali aku menyangka...aku sudah tidak mempunyai ibu. Aku meredakan perasaan aku. Aku melihat adik beradik aku yang lain satu persatu memberi kucupan terakhir. Bila tiba giliran aku. Aku seupaya menahan supaya air mata ini tidak menitis atas jasadnya. Aku mencium dahi ibu aku buat terakhir kalinya. Jiwa aku terdiam. Seolah tidak bernyawa sepertinya. Aku bangun memberi peluang untuk ayah aku mencium isteri yang di cintainya buat terakhir kali. Lama ayah aku menatap wajah ibuku. Seolah hatinya berbicara sesuatu. Sesuatu yang menjadi rahsia mereka berdua. Ayah aku tidak dapat menyembunyikan kesedihan yang mennyelubunginya. Mengalir air mata tanda di sinilah perpisah kita. Itulah pengalaman yang aku tidak dapat lupakan selagi aku bernyawa. Akhirnya Allah mengambil kembali nyawa yang di pinjamkannya.
"Mummy...ampunkan dosa anakmu ini...pergimu membawa separuh jiwaku dan separuh hidupku. Baru aku sedar..terasa benar kosong hidupku tanpamu.."
Subscribe to:
Comments (Atom)