Thursday, December 17, 2009

Di gua illusi




Selagi aku mampu berdiri
Akan ku gagahkan kedua belah kaki
Akan ku melangkah penuh berani
Membidas perasaan yang takut mati

Selagi aku mampu berdiri
Akan ku gegarkan, melawan ketandusan hati
Biar gugur luntur rasa perit rintihan ini
Biar sampai memuntahkan bara api

Selagi aku mampu berdiri
Akan ku bunuh kegelisahan hati
Biar sampai bulu roma ku berdiri
Sehingga terbias cahaya di gua ini


Pejuang letaran hidup…
KAYMIND

Wednesday, September 30, 2009

Anakku....



Seronok, gembira dan teruja itu yang dapat aku ungkapkan tentang perasaan aku dan suamiku. Dua hari lepas aku dan suami berasa cemas apabila di beritahu oleh pegawai kesihatan kerajaan yang dia tidak dapat mengesan denyutan jantung anak kecil dalam perutku. Walhal, raya ke-4 masa beraya di kampung (Kota Bharu) kami baru berjumpa doktor membuat ultrasound/scan. Doktor sendiri yang menyatakan kandungan aku sempurna dan sihat. Hasil pemeriksaan dia mengatakan anak aku nampak aktif dan semua fizikalnya lengkap.

Kerana tidak berpuas hati dengan pegawai kesihatan kerajaan yang lagaknya macam serba tahu padahal ilmu baru takat hujung jari, aku dan suami bergegas mencari klinik dan doktor swasta yang pakar dan lebih arif tentang kandungan aku. Aku ke Klinik Family USJ di Taipan. Doktor muda lagi. Bila doktor memalingkan wajahnya aku rasa yakin dan tenang dengan rautnya. Doktor perempuan. Baik dan penuh sopan. Semasa aku menunggu giliran, aku dapat merasakan yang doktor ini seorang yang penuh "passion" dengan bidangnya bila melihat persekitaran kliniknya. Nampak mewah dan tenang. Malah sejuk mata memandang. Bayaran yang dikenakan juga sangat murah berbanding klinik swasta lain. Aku sendiri terkejut dengan bayaran yang dikenakan. Sangkaku mahal tetapi sebaliknya. Memang berpuas hati. 5 bintang dari 5 bintang.

Doktor Aini menerangkan satu persatu dengan teliti. Setiap gambar yang di tunjukkan akan diterangkan dengan penuh pengetahuan. Di lihatnya jantung anakku, katanya sempurna sekali apabila kelihatan 4 bahagian utama berfungsi (4 chamber) dengan baik, di lihatnya bahagian kepala, bulat dan sempurna. Kemudian dilihatnya bahagian muka juga sempurna. Tercuit hati aku dan suami melihat anakku bergerak-gerak seolah menggosok kedua-dua belah matanya. Seolah kami mengganggu dia yang sedang enak di buai mimpi. Seterusnya doktor Aini melihat kaki dan tangannya. Tumbesaran tulangnya juga sempurna. Setelah itu barulah di ukur kepala dan perutnya. Doktor melemparkan senyuman sambil berkata, anak aku ini sangat aktif. Tengok sahaja kakinya mula menendang. Aku mungkin tidak merasa kerana bayi ini sangat kecil lagi. Baru 20 minggu. Nanti masuk 7 bulan dan keatas, aku akan merasa semua pergerakannya. Usah bimbang katanya, "dah tak lama dah nak bersalin ni....masa berlalu kejap jer" kata doktor Aini.

Doktor Aini menerpa soalan yang memang kami nantikan. "Tak mahu lihat jantinanya ke?" Laju kami menjawab. "Dah boleh tengok ke doktor? Baru-baru ni kami scan doktor tu kata belum dapat lihat lagi." Doktor Aini senyum sambil menjawab. "Dah boleh sangat....tapi kamu tak kisahkan anak lelaki atau perempuan?" Aku dan suami memang tak kisah lelaki atau perempuan. Anak anugerah Allah. Di kurniakan anak ini pun kami sangat bersyukur. Doktor Aini kata besar kemungkinan perempuan. Di telitinya beberapa kali...insyaallah perempuan katanya. Dalam kotak pemikiran aku sudah tergambar nama untuk anak ini.

Terakhir barulah doktor Aini menerangkan proses bersalin dan jalan keluar untuk kandunganku. Setiap inchi dalam monitor itu di terangkan. Aku merasa kagum dengan pengetahuan doktor Aini ini. Nampak seorang yang betul-betul ikhlas dan teliti dengan kerjanya. Sebelum ini aku pernah scan, tapi tiada pula di terangkan seperti mana doktor Aini. Beruntung orang tuanya dapat anak seperti doktor Aini. Semangat kemasyarakatan dan kebajikannya sangat tinggi. Nilai inilah seharusnya perlu ada pada setiap doktor. Bukan ada sesetangah doktor lain, hanya sekadar tanya. Badan pun tidak di sentuh. Kebanyakkan doktor zaman sekarang hanya memikirkan keuntungan sahaja. Doktor Aini patut menjadi contoh untuk doktor-doktor lain. Aku dan suami merasakan pengalaman di Klinik Family USJ, Taipan sangat berharga.

Melangkah kaki keluar dari klinik barulah suamiku dapat bernafas lega. Sempat juga kami minta gambar scan anak kami. Maka pengalaman ini kami kongsi dengan anda. ANAKKU!!

Monday, August 31, 2009

Sekaki Nota Dari Ibumu

Hari ini dah 10 hari umat Islam berpuasa. Aku? Aku selamat berpuasa 9 hari sahaja. Semalam aku tak puasa sebab ada masalah emosi dan kesihatan sikit. Maklumlah aku sekarang berbadan dua. Aku hamil 4 bulan. Mengikut percaturan Islam, anak aku bakal menerima roh setelah kandungan berusia 120 hari. Aku bersyukur sangat kerana roh anak aku di tiup pada bulan ramadhan yang mulia ini. Harapan aku agar Allah mengurniakan anak yang benar dengan rahmatnya. Dalam kotak pemikiran aku, teringin untuk menamakan anak aku Andar Ramadhan jika lelaki. Kalau perempuan, aku masih lagi sedang mencari nama yang sesuai.

Aku menanti saat untuk melahirkan dengan penuh debaran dan teruja. Harapan aku agar anak aku dapat menjaga aku suatu hari nanti. Tapi perasaan takut pun ada. Kerana aku bakal berjuang antara hidup dan mati. Aku mohon agar semuanya selamat dan akan wujudlah sebuah keluarga yang aku idam2kan dengan kehadiran anak ini. Aku tak sangka tak lama lagi aku bakal menjadi seorang ibu. Terasa masa berlalu sekejap sahaja. Itulah dia hadiah dari perkahwinan. Melahirkan zuriat dan mendidiknya nanti. Di sinilah nanti kita melihat dan mencermin semula diri kita.....Selamat Menyambut Ramadhan dan Kemerdekaan!

My Sister Wedding






Pada 8 Ogos 2009 kakak aku selamat di ijab qabul dengan pilihan hatinya. Wah...tahun ni, ayah aku dapat dua orang menantu sekali gus. Dalam perancangan 3 menantu tapi tak jadi...mungkin majlis perkahwinan abg aku berlangsung tahun depan. Aku seronok sekali dapat abang ipar baru. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kakak aku. Well no need for details, right?! Yang penting kakak aku happy dan orang tua aku dapat menerima menantunya seadanya. Siapa kata orang tua aku memilih? Aku kagum dengan pendirian dan penerimaan ayahanda aku. Aku dan suami mendoakan agar jodoh kakak aku kali ini berpanjangan hingga ke akhir hayatnya. AMIN.

Thursday, June 4, 2009

Photo Wedding Package



Mulai tahun ini, aku dan suami membuka package sesi fotografi perkahwinan. Kalau ada yang tak faham silalah hubungi nombor yang tertera. Mari,mari....mari!

Menjejak kaki ke Langkawi





Pada 23 Mai 2009 lalu....aku bersama suami tercinta menjejakkan kaki dan memanjangkan langkah ke Pulau Langkawi. Menarik. Itu yang dapat aku katakan. Apa tidaknya....terlalu banyak tempat yang boleh di lawati. Ternyata 4 hari kami di sana, tidak cukup. Sepanjang 4 hari tu, kami hanya dapat melawat beberapa tempat sahaja. Berikut ialah kronologi lawatan kami. Antara tempat yang kami berjaya jejaki dari hari kedua di sana ialah Pekan Kuah, Dataran Helang, Lagenda Park (ditutup pada ketika itu kerana kerja-kerja baik pulih), Kota Mahsuri, Kompleks Kraftangan, Pantai Pasir Hitam, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Cenang (dekat dengan tempat tinggal), Underwater World, Cable Car ( Langkawi Geopark) dan tak lain tak bukan gerai coklat dan rokok yang memukau pandangan.

Dalam banyak-banyak tempat yang kami jejaki, paling best Kota Mahsuri, Underwater World and Cable Car. Kenapa?? Sebab di Kota Mahsuri, kami dapat menyaksikan teater Sumpahan Mahsuri, walaupun agak terlambat sedikit. Mungkin kami terlambat dalam 10 minit. Tak nafikan ending teater tu sedikit sebanyak menyentuh perasaan kami. 3.5 bintang dari 5 bintang. Di Underwater World paling bestnya sebab ada peguin, seal and giant sting ray. Maklumlah...sebab dah lama tak diving. At least dapat juga melepaskan rindu dendam pada laut. Cable Car? Apa yang menarik kat cable car tu? Macam sama jer dengan cable car nak pergi genting jer....jawapannya...lain!Sangat menarik. Walaupun aku ni takut berada di tempat tinggi. Bila anda naik cable car di Langkawi, panoromanya bukan setakat hutan hujan tropika. Malah bonusnya anda dapat melihat kebiruan laut yang mengelilingi Langkawi. Indah. Itu yang dapat aku katakan. Bukan itu sahaja. Malah anda boleh singgah di point view gunung Mat Cincang. Tak silap lebih kurang 700 meter aras laut. Sangat tinggi dan mempersonakan. Udara sangatlah sejuk. Tolong jangan merokok. Sebab semua orang sudah lama tidak menikmati udara segar. Agak berkabus tapi berbaloi. Ada banyak point view yang anda boleh singgah. Tapi lutut aku tak dapat menipu diri aku lagi. Terketar-ketar kaki aku memijak lantai kayu. Terasa seperti tidak kukuh. Aku mengajak suamiku turun. Kesian dia. Dia baru hendak menikmati keindahan flora dan fauna atas gunung Mat Cincang. Hendak tak nak, terpaksalah dia mengikut kehendak aku.

Seperti lumrahlah...tak sah pergi Langkawi kalau tak membeli coklat dan rokok. Memang murah. Rasanya juga lagi sedap dari coklat tanah besar semenanjung. Bukan tu sahaja, kacang atau inti coklat tu lagi besar dan padat. Menganggumkan!Marvelous!Sedap!Kami bawa balik beberapa pek coklat untuk rakan, kakak aku, mummy dan kami sekelamin. Yum..yum!Rokok kami beli 2 katon sahaja sebab tak elok untuk kesihatan.Ahaks!

Kami terbang balik ke KL tepat jam 1.30 tenghari. Sampai sahaja di airport kepala dah masuk angin. Sesak. Bingit. Panas. Rimas. Itu yang dapat aku ungkapkan bila berada di airport. Alangkah indah kalau kami dapat memanjangkan lagi masa kami di Langkawi. Tapi kerja. Ye lah...cari makan. Kalau tak kerja macam mana nak pergi bercuti lagi kan?Redhakan sajalah. Insyaallah kalau di murahkan rezeki lagi, tak hujung tahun ni mungkin tahun depan kami akan menjejakkan kaki kepulauan Sabah pula. Nak bawa suami jalan-jalan. Tengok tempat orang. Sonok kan?! Anda sendiri yang jawap.... ;P

Monday, March 30, 2009

Yang ku rasa....



Tak menangis tapi berbau kecewa
Bukan kesal walau hampir tewas di dunia
Bukan gentar tapi sudah puas meronta
Walau ada gurau dalam senang
yang terukir
bukan senyum dalam tenang
bukan gelak dalam riang.

Terasa bergegar di dalam jiwa
berair di kelopak mata
kesannya hingga di kepala

Kalau boleh buang di muara
meangalir jauh nun laut di sana
Bertafakur....
jangan datang tunggu di sana
sehingga terbinanya layar dan bahtera
bersama ilmu Quran di dada
barulah kita kembali bersua
membidas cerita dahulunya
indahnya.....
di bilas pula bersama keampunanNya
barulah manis senyumnya
elok pula gelak tawanya
bahagia itulah yang hendak ku rasa.

Saturday, March 14, 2009

Honeymoon chapter 1









Selesai sahaja majlis perkahwinan, pada 23hb Feb 2009, kami terus mengangkat kaki ke Pulau Perhentian untuk berehat dan berbulan madu. Permulaan perancangan kami, hendak ke Perhentian kecil tapi cuaca seperti tidak mengizinkan...maka kami menuju ke Perhentian besar. Sesampai di Perhentian Besar, suasana sunyi dan sepi melahirkan jiwa yang tenang dalam diriku. Tapi aku dapat membaca keinginan suamiku untuk ke Perhentian kecil kerana di sanalah tempat kali pertama kami bertemu. Memandangkan cuaca mendung dan tenang, aku mengajak suamiku ke Perhentian kecil besok harinya dengan menaiki boat teksi. Suamiku bersetuju. Hari pertama kami di Perhentian besar sahaja. Mungkin bagi orang yang tak suka kesunyian agak kebosanan di sini. Bagi aku tak kisah di mana-mana asal kan ianya bernama pulau. Di sebelah petang kami mandi laut dan malamnya kami makan di restoran berhampiran. Selesai makan, kami lepak di tepi pantai menceritakan soal masa depan. Aku membiarkan angin mengusik kulitku...terasa tenang sekali seperti tidak mahu pulang. Sebelum jam 12.00 mlm kami balik ke chalet dan membiarkan bulan tenggelam di larut malam dan memberi ruang matahari pada siang keesokkannya.

Pagi hari kedua, kami bersarapan di restoran yang sama lagi. Selesai sahaja bersarapan, suamiku mencari boat teksi untuk ke Perhentian kecil. Kami di kenakan RM 40 sehala. Perjalanan boat mengambil masa 10 minit sahaja. Hari tersebut, hari sejarah bagiku lagi. Inilah kali pertama aku melihat penyu di pulau perhentian. Telah aku jejaki kakiku ke pulau ini berkali-kali, baru hari ini aku ketemu. Dalam hati aku bersuara, kerna kaulah penyu, aku ketemu dengan suamiku. Jika aku ketemu kau pada hari pertama aku menjejaki ke pulau ini, mungkin aku tak ke sini lagi. Mana tidaknya, semua pulau yang pernah aku jejaki, hanya Perhentian sahaja aku tidak pernah ketemu penyu. Di sebabkan itu aku datang lagi untuk mencari sang penyu kerana terdetik rasa tidak puas hati.

Sampai sahaja di Perhentian kecil, pasir panjang....kami terus menuju ke tempat pertama kali kami bertemu. Rasa teruja apabila melihat abang Zack sedang menoleh ke arah kami. Kami di sambut dengan mesra. Terasa seperti berada di kampung sendiri. Dapat juga aku merasa air kelapa segar. Abang Zack melayan aku seolah pakcik kepada anak buahnya. Sejam kemudian, ada beberapa lagi rakan lama di pulau menyambut kami di sertai dengan ucapan tahniah. Mereka pun seolah-olah tidak percaya yang aku sudah menjadi isteri orang. Mana taknya, tahun lepas aku datang sebagai seorang yang solo. Sekarang aku datang berdua. Inilah kami pertama mereka melihat aku datang dengan seorang lelaki. Pelbagai cerita sejarah di ceritakan dan ada juga cerita bagaimana aku jatuh cinta dengan pulau perhentian ini. Abang Zack mula mengambil kesempatan menceritakan, bagaimana kali pertama dia ketemu aku. Sudah beratus orang dia bawa penyelam, tapi sampai sekarang dia mudah cam dan ingat aku. Katanya, kerana akulah perempuan melayu pertama yang datang ke long beach seorang diri. Aku bersyukur, pada mula aku kenal mereka, tidak ada sedikit pun niat jahat mereka atau mengambil kesempatan pada aku. Ini kerana, mereka menganggap aku sebagai kawan dan keluarga. Mereka mahu aku datang lagi dan gembira setiap kali berada di sini. Memang tidak di nafikan, di sinilah aku ketemu ketenangan yang tak terungkap. Di sinilah aku mengenali siapa diriku, siapa yang akan bersama semasa aku susah dan senang, siapa kawan dan siapa lawan. Aku bersyukur, kerana mereka selalu menjaga keselamatan aku sepanjang aku berada di pulau ini.

Jam 6.00 petang, suamiku menelefon boatman untuk menjemput kami pulang. Kali ini boatman yang lain datang menjemput. Mulia sungguh hati boatman itu, sempat dia membawa kami mencari penyu. Dia juga membawa kami ke sangkar anak penyu. Suamiku seperti teruja apabila dapat melihat penyu berenang dan anak-anak penyu. Boatman itu juga membawa kami ke tempat orang kebanyakkan bersnorkeling. Memang cantik airnya, coral-coral kelihatan subur sekali. Selesai membawa kami berjalan-jalan, kami pulang ke chalet. Sekali lagi, aku dan suamiku mandi laut sebelum waktu maghrib. Masuk sahaja waktu senja, kami membersihkan diri dan lepak di tepi pantai di temani kucing-kucing pulau. Suamiku amat suka pada kucing. Setelah penat melayan kerenah kucing, kami pergi makan malam. Malam tersebut, kami lepak agak lama di restoran tersebut. Sempat kami melihat aksi-aksi lucu kucing tadi kehairanan melihat kumbang yang kepeningan. Sebelum jam 10.00 kami balik ke chalet kerana kepenatan.

3 hari 2 mlm di sana, aku terasa tenang. Mungkin perasaan gembira tidak seberapa kerna aku dapat merasakan keinginan dia yang kuat untuk tinggal di Perhentian kecil. Mungkin bulan March kami ke sini lagi. Tapi bukan di Perhentian Besar, kali ini ke Perhentian Kecil bagi mengimbau kenangan lama.

Sunday, March 1, 2009

Ijab & Qabul













21 Feb 2009, tarikh yang paling istimewa dalam hidupku. Kini aku bergelar isteri dan berumahtangga dengan suami yang bernama Nor Effendy. Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana menyatukan kami berdua dengan sekali lafaz dalam majlis yang cukup sempurna. Apa yang aku harapkan dari Ilahi, limpah kurniakan kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah serta murahkan rezeki kami. Tiada yang mulia selain dari rahmatmu Ya, Allah, bahagiakan kami hingga akhir hayat kami....AMIN...

Sunday, February 15, 2009

Di dalam, di dalam, di dalam....


Dalam gamelan ada serunai,
Dalam serunai ada tarian,
Dalam tarian ada irama,
Dalam irama ada keindahan,

Dalam bimbang ada risau,
Dalam risau ada fikiran,
Dalam fikiran ada keputusan,
Dalam keputusan ada landasan,

Dalam hati ada sayang,
Dalam sayang ada sempadan,
Dalam sempadan ada garisan,
Dalam garisan ada perjalanan....

Wednesday, February 11, 2009

Heading to new journey 3


I'm counting day to be a bride...the preparation almost done. My dad busy arrange for guest meals and I'm glad my dad exited about it. My mom, busy with "hantaran" and invitation....my sister busy sewing family dress for the ceremony and while our wedding planner busy fix the dress and arrange for tent and decoration...I can't wait to see it when I'm back home soon...

Friday, January 30, 2009

Heading to new journey 2.....




Pada Isnin, 26hb Januari 2009, wujudlah persetujuan bagi tarikh perkahwinan kami secara rasminya. Sekarang, aku hampir menjadi seorang isteri kepada seorang suami, seorang ibu kepada anak-anak. Saat gemilang itu, aku nantikan dengan penuh debaran bersama doa yang tulus....

Wednesday, January 21, 2009

What’s made me proud being myself……….



“In the real life, being pain is the longest part of life, if we notice that deeply. It’s actually the most wonderful stage of life because we learn it mostly from harder part and how we handle it, thus make us smile back till we realized that we learn nothing from being happy because it’s easy part of life but how we managed to handle the hard way is actually create the story of life. Just move on and never lets give up surround our mind and let us control the situation with less emotion to encourage our self to be strong. Maybe other people never proud of us but nothing wrong to be proud to our self as long we learn from worst to be better. The stories will pass through history and share the stories to growth the memory……….”

Heading to new journey....






I'm glad that I'm almost to have my own family and end up my solo life. I'm actually heading to another dreams which about to come true. This time around, is actually the real world. Pain, sadness, happiest, laughter, joys are the true color of life. I need to be tough to handle it in the future. Can't wait looking my future children growing and guide them to be who they want to be. To teach them to be strong, to teach them about believing, to teach them to love, to teach them to explore and try and let them dreams for the best but I never gonna teach them about giving up. I'm not gonna teach them about a winning unless encourage them to do the best cause winning doesn't mean anything and losing doesn't mean nothing. Through that they'll know that giving all their best is the most wonderful thing than winning only to be a champion and become arrogant which become nothing...........

Wednesday, January 14, 2009

Happy Birthday & New Year to my love





Recently...on 4th Jan 2009, I'm celebrate my soul mate birthday. I wanna make it surprise for him. While waiting 12.00 am, I'm actually asking him to buy me a drink so I can do preparation to surprise him. He knock the door at 12.05 am....when I turn the lights off. I'm waiting him at corridor...I know he will show up at the corridor...I can see his curious face behind the glass door then I showed up and shouted "Happy Birthday...Abg!" He gave me a big smiled and I was so happy because he likes it...I gave him a watch as a present. He likes the present very much...and I'm glad cause I made him happy. There's nothing valuable for me than seeing him happy. I was so thankful because I meet him....Last 25 years ago, I don't know how to swim...and I'm afraid to swim but I like the ocean. Maybe I was lost myself before this but I found it through him...through my fear to water, through sea turtle the most amazing animal which I always wanted to see then I found him...he made my dreams come true in the past, now and forever.....I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU, and always love you....