
Seronok, gembira dan teruja itu yang dapat aku ungkapkan tentang perasaan aku dan suamiku. Dua hari lepas aku dan suami berasa cemas apabila di beritahu oleh pegawai kesihatan kerajaan yang dia tidak dapat mengesan denyutan jantung anak kecil dalam perutku. Walhal, raya ke-4 masa beraya di kampung (Kota Bharu) kami baru berjumpa doktor membuat ultrasound/scan. Doktor sendiri yang menyatakan kandungan aku sempurna dan sihat. Hasil pemeriksaan dia mengatakan anak aku nampak aktif dan semua fizikalnya lengkap.
Kerana tidak berpuas hati dengan pegawai kesihatan kerajaan yang lagaknya macam serba tahu padahal ilmu baru takat hujung jari, aku dan suami bergegas mencari klinik dan doktor swasta yang pakar dan lebih arif tentang kandungan aku. Aku ke Klinik Family USJ di Taipan. Doktor muda lagi. Bila doktor memalingkan wajahnya aku rasa yakin dan tenang dengan rautnya. Doktor perempuan. Baik dan penuh sopan. Semasa aku menunggu giliran, aku dapat merasakan yang doktor ini seorang yang penuh "passion" dengan bidangnya bila melihat persekitaran kliniknya. Nampak mewah dan tenang. Malah sejuk mata memandang. Bayaran yang dikenakan juga sangat murah berbanding klinik swasta lain. Aku sendiri terkejut dengan bayaran yang dikenakan. Sangkaku mahal tetapi sebaliknya. Memang berpuas hati. 5 bintang dari 5 bintang.
Doktor Aini menerangkan satu persatu dengan teliti. Setiap gambar yang di tunjukkan akan diterangkan dengan penuh pengetahuan. Di lihatnya jantung anakku, katanya sempurna sekali apabila kelihatan 4 bahagian utama berfungsi (4 chamber) dengan baik, di lihatnya bahagian kepala, bulat dan sempurna. Kemudian dilihatnya bahagian muka juga sempurna. Tercuit hati aku dan suami melihat anakku bergerak-gerak seolah menggosok kedua-dua belah matanya. Seolah kami mengganggu dia yang sedang enak di buai mimpi. Seterusnya doktor Aini melihat kaki dan tangannya. Tumbesaran tulangnya juga sempurna. Setelah itu barulah di ukur kepala dan perutnya. Doktor melemparkan senyuman sambil berkata, anak aku ini sangat aktif. Tengok sahaja kakinya mula menendang. Aku mungkin tidak merasa kerana bayi ini sangat kecil lagi. Baru 20 minggu. Nanti masuk 7 bulan dan keatas, aku akan merasa semua pergerakannya. Usah bimbang katanya, "dah tak lama dah nak bersalin ni....masa berlalu kejap jer" kata doktor Aini.
Doktor Aini menerpa soalan yang memang kami nantikan. "Tak mahu lihat jantinanya ke?" Laju kami menjawab. "Dah boleh tengok ke doktor? Baru-baru ni kami scan doktor tu kata belum dapat lihat lagi." Doktor Aini senyum sambil menjawab. "Dah boleh sangat....tapi kamu tak kisahkan anak lelaki atau perempuan?" Aku dan suami memang tak kisah lelaki atau perempuan. Anak anugerah Allah. Di kurniakan anak ini pun kami sangat bersyukur. Doktor Aini kata besar kemungkinan perempuan. Di telitinya beberapa kali...insyaallah perempuan katanya. Dalam kotak pemikiran aku sudah tergambar nama untuk anak ini.
Terakhir barulah doktor Aini menerangkan proses bersalin dan jalan keluar untuk kandunganku. Setiap inchi dalam monitor itu di terangkan. Aku merasa kagum dengan pengetahuan doktor Aini ini. Nampak seorang yang betul-betul ikhlas dan teliti dengan kerjanya. Sebelum ini aku pernah scan, tapi tiada pula di terangkan seperti mana doktor Aini. Beruntung orang tuanya dapat anak seperti doktor Aini. Semangat kemasyarakatan dan kebajikannya sangat tinggi. Nilai inilah seharusnya perlu ada pada setiap doktor. Bukan ada sesetangah doktor lain, hanya sekadar tanya. Badan pun tidak di sentuh. Kebanyakkan doktor zaman sekarang hanya memikirkan keuntungan sahaja. Doktor Aini patut menjadi contoh untuk doktor-doktor lain. Aku dan suami merasakan pengalaman di Klinik Family USJ, Taipan sangat berharga.
Melangkah kaki keluar dari klinik barulah suamiku dapat bernafas lega. Sempat juga kami minta gambar scan anak kami. Maka pengalaman ini kami kongsi dengan anda. ANAKKU!!
No comments:
Post a Comment