
Hari ini masuk hari ke-5 ayah tak lagi menguruskan kedainya....STUDIO WARNA...itulah satu tempat yang cukup sempurna bagi ayah untuk menampung bukan sahaja anak-anaknya tetapi juga cucu-cucunya untuk terus hidup seperti orang lain.
Masih aku ingat, suatu ketika dulu kedai ayah sangat sempit dan kecil. Kedai ayah penuh dengan habuk. Ayah memang sibuk dan kadang-kadang aku di marahi jika di usik barang-barangnya. Kata ayah,
jangan di usik barang orang tu...kalu nak tolong ayah...tolong kemaskan sticker dalam almari kaca tu. Aku tengok atas meja kaca tu penuh dengan plat nombor kereta. Kemudian ayah keluar menuju kehadapan kedai melukis gambar wajah perempuan "Minyak Mustika Ratu" pada van putih pelanggan ayah. Aku seronok bila ayah bagi kebenaran untuk menolongnya. Ya lah...sambil tu bolehlah aku mengusik sticker-sticker dalam almari kaca tu. Mana tidak. Ada banyak sticker-sticker menarik boleh aku tampal kat mana-mana aku suka. Ada sticker Ghost Buster, Fido Dido, Mickey Mouse, Donald Duck...macam-macam rupa dan warna. Sesekali aku tarik sticker yang aku berkenan dan selitkan pada pinggang seluar aku. Tiba-tiba ayah muncul, di bilangnya jangan di ambil sticker-sticker tu. Seolah-olah tahu niat aku. Katanya sticker tu semuanya mahal. Bukan untuk budak-budak. Berdebar-debar hati aku bila ayah menegur. Aku mula rasa takut. Hendak di letak balik takut dia nampak. Aku terus melarikan diri dari tempat almari kaca dan menuju ke ofis ayah.
Dalam ofis ayah ada
air-cond. Ada satu lukisan harimau yang sangat besar tergantung pada dinding meja ayah. Lukisan tu, ayah sendiri yang lukiskan. Aku memang takut tengok lukisan tu. Seolah-olah harimau tu melihat saja pergerakan aku. Aku terus duduk membelakangkan harimau. Aku usik telefon ayah. Ingat lagi warna telefon hitam ayah yang klasik tu. Aku buka
Yellow pages...aku cari nama seakan nama ayah lalu aku dial. Bila ada orang mengangkat....aku ketawa kemudian aku letak. Aku cari lagi nama lain. Bila ada orang mengangkat, aku cakap hello...hello..mung sapo?Kemudian aku letak. Aku seronok dengan gelagat aku sendiri, aku dial lagi nombor lain....kali ini ayah nampak. Ayah masuk ke dalam ofis. Aku dimarahi lagi. Aku letak telefon tu. Ayah kata, "jangan main telefon....nanti kalau ada orang nak telefon ayah susah!"
Agaknya kerja ayah sudah selesai. Ayah duduk dalam ofis bersama aku. Dalam beberapa minit kemudian...arwah mummy datang. Arwah baru pulang dari Pasar Tani. Ya...hari itu, hari Jumaat. Biasanya hari jumaat aku kena tinggal dengan ayah di kedai. Barulah senang arwah hendak membeli barang. Aku seronok bila tengok arwah mummy sudah pulang. Aku mencari makanan untuk di makan. Biasanya aku kirimkan popcorn dengan apam balik berserta air kelapa. Arwah mesti belikan. Sebab dia tahu anaknya menunggu dan sangat berharap. Aku jamah popcorn dulu. Kemudian aku makan apam balik. Pada ketika itu, aku selalu membayangkan apam balik inilah pizza. Aku selalu berangan hendak makan pizza. Aku suka buka kuih apam balik tu supaya nampak kacang dan jagung-jagungnya. Aku makan sambil membayangkan kelazatan pizza.
Sambil aku makan, mummy menyuruh ayah membuat panggilan ke Brunei. Ayah membuka diari dan mendailkan nombor operator. Sedang beberapa minit telefon ayah berbunyi. Kelam kabut aku handak mengangkat. Oh, operator rupa-rupanya. Operator sudah menyambungkan panggilan ayah ke Brunei. Ye lah...kami waktu itu, tak mampu bayar bil telefon yang membuat panggilan jauh. Biasanya Babah akan membayarnya. Pada waktu itu, aku tidak mengerti apa yang arwah mummy sembang dengan babah. Yang aku tahu...aku nak habiskan popcorn dan apam balik aku. Sebelum jam 12 tenghari kami akan pulang ke rumah. Ye lah...mummy nak masak lagi, ayah nak pegi sembahyang lagi....Kami pulang menaiki lori biru ayah. Aku duduk "open air" kat belakang. Aku seronok duduk belakang terasa angin sangat dekat dengan aku. Tapi bila ayah pandu dan lalu sebelah kereta lain...aku menyorok malu. Itulah nostalgia aku yang masih segar dalam ingatan.
Tapi kini aku tak pasti...adakah suatu tempat yang bernama STUDIO WARNA tu akan terus kekal menyambung hasil gagah ayah suatu ketika dulu. Di STUDIO WARNA itulah tempat ayah membanting tulang empat keratnya untuk menyara kami. Untuk belikan buku-buku, bayar yuran sekolah, yuran kelas taekwando, yuran tuisyen, belikan basikal Lee Run aku, belikan motor RXZ untuk abang Zul, sesekali bawa kami berjalan jauh merentas awan ke kampung Mummy, menampung perbelanjaan abang aku di Liverpool, lengkapkan kemudahan bilik kami dan bermacam-macam lagi untuk di senaraikan. Itulah pengorbanan ayah yang tidak akan dapat aku balas jasanya.
Bercerita pasal buku. Ayah sangat mengambil berat tentang pelajaran kami. Itulah yang paling utama ayah selalu tekankan. Ayah handak melihat kami semua berjaya. Ayah kata dia sanggup berhutang jika untuk pelajaran. Setiap minggu ayah akan hantar kami ke Perpustakaan Awam Kota Bharu. Kami wajib meminjam 2 biji buku. Satu bahasa dan satu lagi English. Kami di suruh habiskan kerna sebelum hantar semula ayah akan soal isi kandungan buku yang kami pinjam. Masih aku ingat, ayah selalu bawa kami ke kedai buku. Ayah belikan banyak buku seolah-olah mahu di jual buku tu. Aku tidak mengerti masa tu. Ayah benarkan kami pilih apa saja buku yang ada dalam kedai tu. Ambillah banyak mana pun ayah tak kisah. Janji kami semua di bekalkan buku-buku untuk keperluan sekolah. Ayah beli buku sampai penuh kereta sampai penuh bonet depan dan
seat kereta Volksegen ayah. Aku seronok sangat bila tengok ada macam-macam buku.
Nama kedai buku kegemaran ayah tu Syarikat Muda Osman. Kedainya dulu sangat kecil. Ayah kenal rapat dengan tauke kedai tu. Bila aku sudah dewasa, baru aku tahu yang ayah beli buku tersebut dengan berhutang. Terasa kesal. Baru aku sedar yang kami tidak menghargai buku-buku yang ayah belikan. Ada yang tidak di gunakan langsung. Tersimpan dalam stor begitu saja. Jika di gali balik stor di rumah kami, buku-buku tersebut masih elok dan boleh di gunakan. Sekarang generasi lain yang guna pakai semula buku-buku tu. Anak-anak kakak dan abang aku. Pernah aku membelek buku-buku yang pernah ayah belikan. Aku langsung tidak membuat latihan dalam buku tersebut. Kalau ayah tahu pasti dia sedih.
Setelah aku punya keluarga sendiri, baru aku tahu....bukan senang untuk mencari sesuap nasi. Banyak dugaan dan rintangan bila sudah berdikari. Kalau dahulu semuanya ayah yang sponsor....kami hanya goyang kaki. Tapi sekarang jika sepinggan nasi aku makan tak habis aku terasa sangat membazir. Aku mesti habiskan. Jangan kata dalam pinggan aku, kadang-kadang dalam pinggan kawan-kawan aku yang tak habis makan pun aku cuba tolong habiskan. Kalau dahulu aku menguruskan perbelanjaan aku sendiri. Tapi kini berbeza, aku menguruskan perbelanjaan keluarga sendiri. Tidak sama. Kalau sebelum kahwin aku tidak kisah dengan apa yang aku makan. Sekali sehari pun tak apa. Tapi kini, aku kena fikirkan untuk anak-anak dan suami. Terutama Laila anak aku. Aku sanggup berhutang untuk membesarkan Laila. Makanan Laila hendaklah yang terbaik. Supaya dia membesar dengan sihat. Perubatan Laila juga hendaklah yang terbaik. Semua itu aku utamakan dan aku ke tepikan benda-benda yang lain. Aku akui perbelanjaan kami agak sempit tapi kami berjaya atasi. Itulah kemurniaan hidup berumah tangga. Perjuangan bersama keluarga amat berbeza. Satu perjuangan yang tidak dapat kita beli dari sesiapa atau di tukar milik. Walau perit dan letih kita akan rasa bahagia meneruskan kehidupan. Sikap berputus-asa bukanlah sifat aku. Itulah yang akan aku bicarakan pada Laila nanti. Jangan sesekali berputus-asa...sebaliknya kita harus merasai apa itu erti kesusahan barulah kita gagah berani ke hadapan. Biarlah kita membenarkan keadaan itu merasai diri kita. Suatu hari nanti...kita akan merasa keindahannya dan tersenyum.
Ayahlah satu-satunya manusia yang tidak pernah berputus-asa. Banyak aku belajar dari ayah. Kalau dahulu aku selalu membantah kehendak ayah....tapi ayah tidak jemu mengulangi permintaan dia walau dia tahu aku tidak akan turut kemahuannya. Ayah tidak pernah bosan melayan kerenah anak-anaknya yang selalu menyusahkan dirinya. Di marahi, kami buat lagi. Berkali-kali....sehingga kami sudah punya keluarga sendiri ayah masih tidak jemu menabur pengorbanannya. Aku pernah terokai kehidupan orang lain. Sikap ayah tidak seperti ayah orang lain. Ayah tidak akan sesekali membiarkan anak-anaknya kesusahan. Pelbagai perancangan masa depan ayah lakukan untuk anak-anaknya. Jika cara ini tidak berkesan, di fikirkannya pula cara lain. Sehinggalah ayah mengambil keputusan untuk berhenti dari bekerja dan sekaligus melepaskan semua tanggungjawabnya yang di pikulnya. Ayah berhak melepaskan tanggungjawab tersebut kerna kami semua sudah punya keluarga sendiri. Hanya ada satu perkara sahaja yang ayah fikirkan. Arwah mummy....ayah cuba seupaya mencari sesuatu untuk di sedekahkan pada arwah mummy. Dari sekolah pondok hinggalah ke masjid...dari rumah orang tua sehinggalah rumah anak yatim. Ayah mahu melakukan sesuatu untuk arwah mummy....kerna ayah tahu semasa arwah hidup...ayah tidak sempat menunaikan permintaan dan kehendak arwah. Mungkin itu yang membuat ayah merasa sedih.
Ayah sempat bermalam di rumah aku sebelum berangkat balik ke kampung. Di luahkan perasaan sayunya lagi. Kata ayah, semasa tayar kapal terbang mencecah tanah air Brunei...air mata ayah berguguran sehingga ayah tidak mampu menahan. Bercucuran mengalir walau dia cuba manahan. Tapi ayah kalah. Ayah membiarkan air matanya mengalir dan melepaskan perasaannya itu. Ketika ayah di sambut oleh sanak saudara di sana....ayah tidak dapat mengucapkan kata-kata. Air matanya terus mengalir. Agaknya...itulah yang babah aku katakan. Ayah terasa amat sedih menjejak kaki ke Brunei. Gementar perasaan ayah untuk bersuara. Ayah bercerita...dia tidak dapat bercakap walaupun sepatah. Dia terpaksa mendiamkan diri. Jika tidak...air matanya akan mengalir dan jiwanya akan tersentuh. Ayah berubah menjadi seorang yang sangat sensitif setelah pemergian arwah. Beberapa jam kemudian barulah dia boleh bersuara. Bila soalan di ajukan, bagaimana arwah meninggal...ayah mula tersentuh lagi. Itulah ayah. Walau ayah seorang yang garang, tegas dan gagah dalam perjuangan hidupnya...tapi dia mudah tewas bila arwah sudah tiada. Aku sangat kasihan melihat keadaan ayah kerna aku tidak pernah melihat ayah mudah tersentuh dan bermain dengan jiwanya sendiri....
Ayah...anakmu ini akan cuba membahagiakan dirimu.....kerna aku hanya punya ayah sahaja. Dan dia hanya satu....