Friday, June 11, 2010

.....pada yang Kuasa...aku bermunajat.



Hati ini cuma ada separuh.
Separuh lagi telah hilang.

Laila anakku.
Ibu akan sentiasa bersamamu.
Kaulah kasih ibu.
Kau jugalah kekasih ibu.
Yang terbaik hanya untukmu.

Ibu cuba membuka dan menerima.
Tak akan hilang janji ibumu.

Laila anakku.
Kau semangatku.
Berjuanglah bersama ibu.
Agar ibu gagah berani dan lengkap bersamamu.

Wednesday, June 9, 2010

Tentang kehidupan

Ejakan aku perkataan H.I.D.U.P.
Langunkan ia menjadi satu.
Ajarkan aku tentang keindahan.
Corakkan ia bersama masa.

Apakah aku keseorangan?

Terangkan pula pada aku tentang terasing.
Bagaimana pula dengan pinjaman?
Mampukah aku menyempurnakannya?

Genggamlah tangan aku.
Rasakan darahku.
Yang mengalir adalah nyawa.
Itulah aku.
Bagaimana kita mengolahnya?
Itu...
adalah antara kamu.

Nukilan : KAYMIND

Al-Fatihah untuk bondaku cintai....




Al-Fatihah.Berkumit2 mulutku melafazkan surah fatihah untuk arwah ibuku yang telah meninggalkan aku pada Ahad, 30 May 2010 jam 5.45 petang. Syahdu yang amat sangat. Perginya penuh seribu tanda tanya. Perginya meninggalkan jejak yang sangat mendalam pada aku. Arwah di kebumikan pada pagi Isnin selepas jam 10.00 pagi. Terasa berat hati untuk melihat wajah yang terakhir itu pergi. Aku bersama kakak aku sama2 mandikan jenazah. Setiap inchi tubuh kaku itu aku tatap. Begitu besar kuasaMu Tuhan. Terasa masa yang sudah2 berlalu begitu pantas. Dada aku manahan sebak setiap kali air dicucur ke tubuhnya. Sesekali air memasuki ke rongga hidungnya. Tubuh kaku itu tidak menunjukkan sebarang reaksi tindak balas. Tersentak hati aku...kekadang aku terlupa yang arwah sudah tidak bernafas lagi. Kerna aku cukup teliti semasa mandikannya. Takut2 air mengalir ke rongga hidung menyebabkan dia tersedak. Tapi arwah sudah tidak bernyawa lagi. Yang ada hanya jasadnya sahaja. Sayu aku melihat jasadnya seolah2 tersenyum. Dalam hati aku meminta dan merayu pada yang Esa supaya rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.AMIN.

Selesai sahaja memandikan jenazah, jasadnya di angkat untuk di kafankan. Sekali lagi jiwa aku tersentak. Hati berdebar-debar kerana hanya beberapa minit sahaja lagi jasadnya akan meninggalkan rumah dan tinggal berasingan. Sehelai demi helai kain kafan membaluti di iringi dengan kapas yang berbau harum. Aku menahan air mata dari mengalir. Sesak rasanya dada ini. Aku kemaskan kain kafan dengan menyelit satu persatu helaian. Sampailah helaian terakhir.Terkedu aku...itulah wajah terakhir ibuku.Seluruh jasadnya sudah siap sedia untuk pergi selamanya. Ayah aku memanggil semua anak2, manantu dan cucu2nya untuk ciuman kali terakhir. Aku melarikan diri. Tak tahan air mata ni seolah-olah berlumba-lumba hendak mengalir. Aku menangis sepuas2nya. Tidak sama sekali aku menyangka...aku sudah tidak mempunyai ibu. Aku meredakan perasaan aku. Aku melihat adik beradik aku yang lain satu persatu memberi kucupan terakhir. Bila tiba giliran aku. Aku seupaya menahan supaya air mata ini tidak menitis atas jasadnya. Aku mencium dahi ibu aku buat terakhir kalinya. Jiwa aku terdiam. Seolah tidak bernyawa sepertinya. Aku bangun memberi peluang untuk ayah aku mencium isteri yang di cintainya buat terakhir kali. Lama ayah aku menatap wajah ibuku. Seolah hatinya berbicara sesuatu. Sesuatu yang menjadi rahsia mereka berdua. Ayah aku tidak dapat menyembunyikan kesedihan yang mennyelubunginya. Mengalir air mata tanda di sinilah perpisah kita. Itulah pengalaman yang aku tidak dapat lupakan selagi aku bernyawa. Akhirnya Allah mengambil kembali nyawa yang di pinjamkannya.

"Mummy...ampunkan dosa anakmu ini...pergimu membawa separuh jiwaku dan separuh hidupku. Baru aku sedar..terasa benar kosong hidupku tanpamu.."