







Selesai sahaja majlis perkahwinan, pada 23hb Feb 2009, kami terus mengangkat kaki ke Pulau Perhentian untuk berehat dan berbulan madu. Permulaan perancangan kami, hendak ke Perhentian kecil tapi cuaca seperti tidak mengizinkan...maka kami menuju ke Perhentian besar. Sesampai di Perhentian Besar, suasana sunyi dan sepi melahirkan jiwa yang tenang dalam diriku. Tapi aku dapat membaca keinginan suamiku untuk ke Perhentian kecil kerana di sanalah tempat kali pertama kami bertemu. Memandangkan cuaca mendung dan tenang, aku mengajak suamiku ke Perhentian kecil besok harinya dengan menaiki boat teksi. Suamiku bersetuju. Hari pertama kami di Perhentian besar sahaja. Mungkin bagi orang yang tak suka kesunyian agak kebosanan di sini. Bagi aku tak kisah di mana-mana asal kan ianya bernama pulau. Di sebelah petang kami mandi laut dan malamnya kami makan di restoran berhampiran. Selesai makan, kami lepak di tepi pantai menceritakan soal masa depan. Aku membiarkan angin mengusik kulitku...terasa tenang sekali seperti tidak mahu pulang. Sebelum jam 12.00 mlm kami balik ke chalet dan membiarkan bulan tenggelam di larut malam dan memberi ruang matahari pada siang keesokkannya.
Pagi hari kedua, kami bersarapan di restoran yang sama lagi. Selesai sahaja bersarapan, suamiku mencari boat teksi untuk ke Perhentian kecil. Kami di kenakan RM 40 sehala. Perjalanan boat mengambil masa 10 minit sahaja. Hari tersebut, hari sejarah bagiku lagi. Inilah kali pertama aku melihat penyu di pulau perhentian. Telah aku jejaki kakiku ke pulau ini berkali-kali, baru hari ini aku ketemu. Dalam hati aku bersuara, kerna kaulah penyu, aku ketemu dengan suamiku. Jika aku ketemu kau pada hari pertama aku menjejaki ke pulau ini, mungkin aku tak ke sini lagi. Mana tidaknya, semua pulau yang pernah aku jejaki, hanya Perhentian sahaja aku tidak pernah ketemu penyu. Di sebabkan itu aku datang lagi untuk mencari sang penyu kerana terdetik rasa tidak puas hati.
Sampai sahaja di Perhentian kecil, pasir panjang....kami terus menuju ke tempat pertama kali kami bertemu. Rasa teruja apabila melihat abang Zack sedang menoleh ke arah kami. Kami di sambut dengan mesra. Terasa seperti berada di kampung sendiri. Dapat juga aku merasa air kelapa segar. Abang Zack melayan aku seolah pakcik kepada anak buahnya. Sejam kemudian, ada beberapa lagi rakan lama di pulau menyambut kami di sertai dengan ucapan tahniah. Mereka pun seolah-olah tidak percaya yang aku sudah menjadi isteri orang. Mana taknya, tahun lepas aku datang sebagai seorang yang solo. Sekarang aku datang berdua. Inilah kami pertama mereka melihat aku datang dengan seorang lelaki. Pelbagai cerita sejarah di ceritakan dan ada juga cerita bagaimana aku jatuh cinta dengan pulau perhentian ini. Abang Zack mula mengambil kesempatan menceritakan, bagaimana kali pertama dia ketemu aku. Sudah beratus orang dia bawa penyelam, tapi sampai sekarang dia mudah cam dan ingat aku. Katanya, kerana akulah perempuan melayu pertama yang datang ke long beach seorang diri. Aku bersyukur, pada mula aku kenal mereka, tidak ada sedikit pun niat jahat mereka atau mengambil kesempatan pada aku. Ini kerana, mereka menganggap aku sebagai kawan dan keluarga. Mereka mahu aku datang lagi dan gembira setiap kali berada di sini. Memang tidak di nafikan, di sinilah aku ketemu ketenangan yang tak terungkap. Di sinilah aku mengenali siapa diriku, siapa yang akan bersama semasa aku susah dan senang, siapa kawan dan siapa lawan. Aku bersyukur, kerana mereka selalu menjaga keselamatan aku sepanjang aku berada di pulau ini.
Jam 6.00 petang, suamiku menelefon boatman untuk menjemput kami pulang. Kali ini boatman yang lain datang menjemput. Mulia sungguh hati boatman itu, sempat dia membawa kami mencari penyu. Dia juga membawa kami ke sangkar anak penyu. Suamiku seperti teruja apabila dapat melihat penyu berenang dan anak-anak penyu. Boatman itu juga membawa kami ke tempat orang kebanyakkan bersnorkeling. Memang cantik airnya, coral-coral kelihatan subur sekali. Selesai membawa kami berjalan-jalan, kami pulang ke chalet. Sekali lagi, aku dan suamiku mandi laut sebelum waktu maghrib. Masuk sahaja waktu senja, kami membersihkan diri dan lepak di tepi pantai di temani kucing-kucing pulau. Suamiku amat suka pada kucing. Setelah penat melayan kerenah kucing, kami pergi makan malam. Malam tersebut, kami lepak agak lama di restoran tersebut. Sempat kami melihat aksi-aksi lucu kucing tadi kehairanan melihat kumbang yang kepeningan. Sebelum jam 10.00 kami balik ke chalet kerana kepenatan.
3 hari 2 mlm di sana, aku terasa tenang. Mungkin perasaan gembira tidak seberapa kerna aku dapat merasakan keinginan dia yang kuat untuk tinggal di Perhentian kecil. Mungkin bulan March kami ke sini lagi. Tapi bukan di Perhentian Besar, kali ini ke Perhentian Kecil bagi mengimbau kenangan lama.