
Mendengar lagu "Jangan Lupakan....." mengingatkan aku pada perasaan ayah. Apakah ini yang ayah rasakan...? Tidak di nafikan...setelah pemergian arwah mummy...aku banyak fikirkan tentang ayah. Aku tidak dapat bayangkan hidup aku tanpa ayah. Teringat aku pada surat yang arwah tujukan pada aku. Kata arwah...walau banyak kali aku katakan yang aku sayangkan dia...tapi dia (mummy) tidak dapat merasakan sayang itu....Jiwa aku tersentak bila arwah berperasaan begitu selama ini. Aku terasa amat bersalah.
Aku cuba fikirkan kembali apa yang menyebabkan arwah merasa begitu. Tidak di nafikan tekanan hidup di metropolitan dan duniawi merugikan aku. Mungkin jiwa aku yang selalu tertekan dengan bebanan kerja dan hiruk pikuk di bandar menyebabkan aku tidak sedar kekadang perbuatan aku menyentuh perasaan ibu kandung aku sendiri. Aku tidak dapat memaafkan diri aku sendiri. Sungguh besar kesalahan yang aku lakukan.
Aku adalah salah seorang anak mummy yang merasakan pemergian arwah meninggalkan sejuta penyesalan. Aku terasa ralat. Setiap kali aku membuka Quran untuk di sedekahkan pada arwah...dada aku merasa sebak. Masuk saja ayat ke-11 surah Yassin...air mata ini laju meluru keluar. Suara aku tenggelam bersama sejuta penyesalan. Aku mula teringatkan wajah akhir arwah semasa di hospital. Di mana waktu itu....arwah memberi tindak balas bila aku memanggilnya. Air matanya mengalir seolah-olah ada sesuatu yang ingin dia katakan. Tapi arwah terlalu nazak dan tidak terdaya. Dia hanya mampu mengangguk dan menangis. Itulah genggaman terakhir arwah di tangan aku. Jiwa aku terdiam ketika itu. Tidak aku sangka penyakitnya merebak begitu cepat. Lebih mengharukan bila melihat ayah menangis di depan Quran. Ayah tidak dapat menyembunyikan lagi air matanya. Minitis perlahan air matanya pada helaian surah Yassin. Aku jadi semakin buntu pada waktu itu. Aku jadi semakin gelisah bila berada di wad arwah.
Datang bermacam-macam bayangan dan fikiran. Satu persatu aku tempiskan. Aku renung sekujur tubuh arwah dari jauh. Jiwa aku tidak dapat bersuara. Seolah-olah roh aku tidak ada di situ. Aku membayangkan kesakitan yang arwah alami. Sesekali aku teringatkan arwah semasa dia masih sihat. Aku menepis lagi. Tidak. Mummy tidak mungkin akan pergi lagi....aku yakinkan diri aku. Tapi sebenarnya sudah terlambat. Aku semakin gelisah bila semua orang mula membacakan Yassin untuk arwah. Aku gelisah kerna aku tidak mahu dia pergi. Aku nak arwah ada seperti sediakala. Tapi itulah hakikatnya. Hakikat yang membawa takdir dari Illahi. Aku melapang dada cuba menerima.
Tapi tidak semudah yang aku sangka. Bila ayah dan yang lain bersetuju membawa balik arwah ke rumah kerana tidak sanggup lagi melihat dia terseksa aku tidak tahu yang mana harus aku pilih. Pada awalnya aku setuju tapi bila ayah sendiri yang bersetuju aku merasa gelisah pula. Tiba-tiba fikiran aku berubah. Aku tidak sanggup. Tapi ayah sudah menandatangani surat. Aku perhati dari jauh. Aku merasa sayup. Apakah ini yang arwah inginkan?
Aku pulang ke rumah bersama suami dan Laila. Di rumah kami semua menunggu ambulans menghantar mummy ke rumah. Hati aku berdebar-debar. Mengikut kata doktor, arwah mungkin tidak dapat bertahan lama tanpa oksigen. Paling lama 2 jam. Tapi kami semua berharap keajaiban akan berlaku. Sedang elok ambulans sampai di pintu rumah aku, hujan lebat mula turun. Cuaca seolah-olah berkongsi perasaan dengan kami. Sebelum oksigen di tarik dari muka arwah...ayah sempat mengajar arwah mengucap. Ketika itu mummy masih bernafas. Bila arwah di usung masuk ke rumah...arwah menghembus nafas terakhir betul-betul di hadapan pintu masuk mengikut kata sepupu arwah. Kerna dia yang menyaksikan arwah mula terkulai layu selepas nafas terakhirnya.
Aku tidak perasan. Aku hanya sibuk mengiringi arwah untuk di letakkan di atas katil. Apabila semua orang sibuk menyatakan arwah tidak lagi bernafas....aku jadi tergamam. Aku tidak percaya dengan apa yang mereka kata. Aku periksa nadi arwah. Lama aku periksa. Aku meletak telinga di dada arwah. Aku cuba mencari bunyi degupan. Aku tidak puas hati, aku periksa nadi dia lagi. Sepupu arwah, Mak cik Gayah perasan dengan sikap aku....dia mengusap-usap perlahan di belakang aku. Aku bangun dari katil. Aku menelan air liur. Berkali-kali mata aku berkelip seperti menyedarkan diri dari mimpi. Aku keluar dari bilik arwah dan tidak dapat manahan perasaan hiba dan sedih. Aku menangis dan terus menangis....
Laju air mata aku keluar. Semua yang lain turut menangis. Aku tidak sangka. Arwah sudah tiada. Sekujur tubuh yang ada di atas katil itu hanyalah jasadnya. Itulah saat yang genting yang aku sangka dapat menerima. Rupa-rupanya perasaan itu jauh berbeza. Antara tidak dan iya. Gugur luntur segala jiwa aku. Itulah perasaan yang sebenarnya. Percayalah...bukan senang untuk menerima takdir itu.....
Adakah ayah berkongsi perasaan yang sama dengan aku?
Seharian aku menemani ayah sebelum ayah berangakat ke rumah abang aku. Sekali-sekala ayah membahasakan dirinya "abang"... Abang itu merupakan panggilan arwah kepada ayah. Kalau dahulu ayah selalu tersasul dengan panggilan "Tok ayah" bila bercakap dengan aku. Tapi kali ini berbeza...."abang"....begitu ketara kerinduan ayah. Aku membiarkan saja gelagat ayah. Wajah ayah nampak lain. Ayah biasanya tidak suka keluar berjalan. Tapi kali ini berbeza. Ayah mengajak aku keluar. Seolah-olah ayah tidak suka duduk di rumah aku. Mungkin ayah masih teringat-ingatkan bayangan arwah. Aku bawa ayah keluar berjalan. Ayah hendak beli barang untuk cucu-cucunya. Katanya...biasanya arwah akan belikan sesuatu bila balik dari KL. Ayah merasa cucu-cucunya berharap sesuatu buah tangan darinya. Ayah jarang belikan barang untuk cucu-cucunya. Biasanya ayah hanya berikan duit pada arwah untuk di belikan. Itulah perbezaannya dulu dengan sekarang. Mungkin pada yang melihat dengan mata kasar....itu perkara normal. Yang hidup akan mati. Iya...aku setuju. Tapi untuk memikulnya bukan semudah yang di sangka. Itulah hakikat...hakikat yang pasti akan menjemput kita....
No comments:
Post a Comment