Thursday, June 4, 2009

Menjejak kaki ke Langkawi





Pada 23 Mai 2009 lalu....aku bersama suami tercinta menjejakkan kaki dan memanjangkan langkah ke Pulau Langkawi. Menarik. Itu yang dapat aku katakan. Apa tidaknya....terlalu banyak tempat yang boleh di lawati. Ternyata 4 hari kami di sana, tidak cukup. Sepanjang 4 hari tu, kami hanya dapat melawat beberapa tempat sahaja. Berikut ialah kronologi lawatan kami. Antara tempat yang kami berjaya jejaki dari hari kedua di sana ialah Pekan Kuah, Dataran Helang, Lagenda Park (ditutup pada ketika itu kerana kerja-kerja baik pulih), Kota Mahsuri, Kompleks Kraftangan, Pantai Pasir Hitam, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Cenang (dekat dengan tempat tinggal), Underwater World, Cable Car ( Langkawi Geopark) dan tak lain tak bukan gerai coklat dan rokok yang memukau pandangan.

Dalam banyak-banyak tempat yang kami jejaki, paling best Kota Mahsuri, Underwater World and Cable Car. Kenapa?? Sebab di Kota Mahsuri, kami dapat menyaksikan teater Sumpahan Mahsuri, walaupun agak terlambat sedikit. Mungkin kami terlambat dalam 10 minit. Tak nafikan ending teater tu sedikit sebanyak menyentuh perasaan kami. 3.5 bintang dari 5 bintang. Di Underwater World paling bestnya sebab ada peguin, seal and giant sting ray. Maklumlah...sebab dah lama tak diving. At least dapat juga melepaskan rindu dendam pada laut. Cable Car? Apa yang menarik kat cable car tu? Macam sama jer dengan cable car nak pergi genting jer....jawapannya...lain!Sangat menarik. Walaupun aku ni takut berada di tempat tinggi. Bila anda naik cable car di Langkawi, panoromanya bukan setakat hutan hujan tropika. Malah bonusnya anda dapat melihat kebiruan laut yang mengelilingi Langkawi. Indah. Itu yang dapat aku katakan. Bukan itu sahaja. Malah anda boleh singgah di point view gunung Mat Cincang. Tak silap lebih kurang 700 meter aras laut. Sangat tinggi dan mempersonakan. Udara sangatlah sejuk. Tolong jangan merokok. Sebab semua orang sudah lama tidak menikmati udara segar. Agak berkabus tapi berbaloi. Ada banyak point view yang anda boleh singgah. Tapi lutut aku tak dapat menipu diri aku lagi. Terketar-ketar kaki aku memijak lantai kayu. Terasa seperti tidak kukuh. Aku mengajak suamiku turun. Kesian dia. Dia baru hendak menikmati keindahan flora dan fauna atas gunung Mat Cincang. Hendak tak nak, terpaksalah dia mengikut kehendak aku.

Seperti lumrahlah...tak sah pergi Langkawi kalau tak membeli coklat dan rokok. Memang murah. Rasanya juga lagi sedap dari coklat tanah besar semenanjung. Bukan tu sahaja, kacang atau inti coklat tu lagi besar dan padat. Menganggumkan!Marvelous!Sedap!Kami bawa balik beberapa pek coklat untuk rakan, kakak aku, mummy dan kami sekelamin. Yum..yum!Rokok kami beli 2 katon sahaja sebab tak elok untuk kesihatan.Ahaks!

Kami terbang balik ke KL tepat jam 1.30 tenghari. Sampai sahaja di airport kepala dah masuk angin. Sesak. Bingit. Panas. Rimas. Itu yang dapat aku ungkapkan bila berada di airport. Alangkah indah kalau kami dapat memanjangkan lagi masa kami di Langkawi. Tapi kerja. Ye lah...cari makan. Kalau tak kerja macam mana nak pergi bercuti lagi kan?Redhakan sajalah. Insyaallah kalau di murahkan rezeki lagi, tak hujung tahun ni mungkin tahun depan kami akan menjejakkan kaki kepulauan Sabah pula. Nak bawa suami jalan-jalan. Tengok tempat orang. Sonok kan?! Anda sendiri yang jawap.... ;P

No comments: