Anaku Laila....
Ibu menulis ini kerana setiap kali ibu melangkah keluar rumah mencari rezeki untuk keluarga kita, pemikiran ibu selalunya terbuka luas bila ibu menghala motor ibu ke tempat kerja. Highway yang ibu lalui itu lurus....indahnya hidup ini jika kita tahu mana hendak tuju. Pemandangan kiri kanan ibu tidak sedikit pun mengganggu arah ibu. Ibu menikmati hari-hari pagi ibu dengan melihat awan, burung dan gelagat manusia sepanjang jalan itu. Ibu sering memikirkan tentang keluarga kita....tentang Laila..tentang masa depan kita. Ibu tidak tahu berapa lama lagi ibu akan mengharungi jalan yang sama ini. Tahukah anak ibu? Ibu suka sama angin. Ada orang kata, ibu ini nalurinya seperti angin. Jika ibu sedih, terganggu atau tertekan dengan desakan dan cubaan hidup, ibu akan menangis sepanjang perjalanan itu sama ada mahu ke tempat kerja atau pulang ke rumah....Setelah sampai ke destinasi ibu akan merasa lega...seolah angin menyapu segala kesedihan ibu...membawanya jauh pergi...lalu angin itu meniup semangat baru kepada ibu. Paling menyeronokkan bila ibu menangis atau meraung tidak ada orang lain boleh dengar kecuali ibu...itulah kepuasan buat ibu.
Laila anak ibu...
Ibu juga seperti manusia lain. Melalui pelbagai ujian dari Allah.Tetapi kebanyakkannya ibu tewas dengan ujianNya. Sejak Laila hadir dalam hidup ibu....ibu belajar banyak perkara. Ibu belajar untuk cuba tidak tewas atau gagal lagi. Ingatlah anak ibu....3 perkara ini dalam hidupmu.
1) Janganlah takut jika suatu hari nanti kita akan ditinggalkan...kerana setiap yang hidup pasti akan mati tetapi takutlah jika Allah meninggalkan kita dalam kekufuran dan tidak lagi mendengar doa kita. Ibu belajar dari pengalaman ibu sendiri. Bagaimana perasaannya di tinggalkan oleh orang yang kita sayangi...setelah nenek laila sudah menemui Illahi ibu terasa dunia ibu kosong.... Ibu tidak yakin dengan kemaafan nenek Laila...ibu tanam kepercayaan yang masa masih panjang untuk ibu menghimpun mohon ampun utk nenek...tetapi masa itu sudah terlambat anakku....Allah telah mengambilnya...tidak meninggalkan sesaat pun pada waktu itu. Ibu terasa seperti di tinggalkan bersama kemurkaanNya. Ibu terasa seperti selepas ini Allah tidak akan mendengar lagi doa ibu....maka ingatlah anakku perkara kedua ini.
2) Jika kita pernah melakukan kesilapan akui lah kesilapan itu....jangan takut untuk mengakuinya. Tetapi takutlah jika kita terlambat untuk memperbetulkan ia.... Jangan jadikan sejarah ibu sebahagian dari sejarah hidupmu. Ambil ia ikhtibar. Ibu sentiasa mendoakan agar Laila Nurqaseh ini menjadi anak yang solehah. Anak yang dikagumi oleh orang lain. Anak yang mentaati segala suruhan Allah dan mentakuti segala laranganNya. Sesungguhnnya sejarah ibu mengajar ibu menjadi pemikir...pemikir sehingga hari ini. Memikir tentang masa depan kita...terutamanya Laila anak ibu. Inilah pengajaran buat ibu...cermin untuk ibu. Maka anakku Laila...ingatlah perkara ketiga ini....
3) Dalam namamu terkandung makna "Keseronokkan".....ingatlah tidak semua keseronokkan itu indah kerana ia punca kepada kelalaian dan mendidik kita menjadi lemah. Sesungguhnya setiap perkara yang terjadi ada hisabnya tersendiri. Baik dan buruk itu datang dari Allah. Dia menhantar kita ujian bukan untuk menjadikan kita gagal tetapi memberi jalan keluar untuk kita berfikir...mendidik kita menjadi tabah dan kuat...InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment