Pada 29 Nov lalu...aku, Fendy dan Lat menjelajah ke Batu Pahat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Acong (kawan kepada Fendy & Lat). Pada mulanya, berat hati aku nak turut serta. Sebab aku tak suka hadir majlis kahwin ni. Aku fobia, takut, gemuruh, sebak semua perasaan ni ada pada masa tu. Pada mulanya, aku mengambil keputusan tak mahu ikut ke majlis Acong. Tapi aku berubah fikiran kerna aku tersentuh dengan kata-kata Fendy kononnya nanti aku pun tak mahu ikut kalu-kalu dia pergi tangkap gambar kahwin nanti. Nak tak nak...aku ikut sahaja. Aku pejamkan perasaan aku seketika. Aku pujuk diri aku. Kenapa aku nak campur adukkan perasaan aku yang fobia, takut, gemuruh, sedih dan sebak tu. Fendy kan ada....aku lihat wajah dia sambil hati aku berkata..."dialah yang akan membina kembali impian aku nanti...dialah lelaki itu". Dengan bersemangat aku menukar fikiran. Aku setuju ke Batu Pahat akhirnya.
Tapi setelah tiba hari mempelai disatukan.....hati aku mula luruh dan perasaan yang aku sangkakan aku boleh sembunyikan tetiba terjaga setelah kompang berbunyi. Aku merasakan seolah dunia melihat aku sambil mengejekkan aku. Aku tundukkan dan cuba bernafas sedalam-dalamnya. "Itu cuma perasaan aku sahaja. Aku ada Fendy yang sayangkan aku....dialah yang akan menunaikan impian aku nanti.Dialah orangnya. Kenapa aku harus takut. Itu semua perasaan lama...sekarang aku ada hidup yang baru. Aku sayangkan kehidupan baru aku sekarang ini. Aku sayangkan dia dan dia sayangkan aku..."Langkah kaki aku cuba meninggalkan keresahan hati. Setiba di rumah pengantin perempuan...perasaan gundah gelana aku sudah mula hilang.....
Baru seminit dua aku nak bernafas lega....tiba-tiba hati aku terusik kembali bila melihat kegembiraan pengantin perempuan menyambut kehadiran pengantin lelaki. Terukir sebuah senyuman yang gemilang. Senyuman itu tiada maksud lain selain inilah hari agung mereka....tiba-tiba mata aku tidak dapat menahan lagi air mata. Mengalir juga tempiasnya. Aku menahan dari ia terus mengalir. Terasa dada ini berat sekali....aku mula sebak...tapi aku cuba pertahankan keyakinan aku. Aku mula rasa gelap seolah jantung aku berhenti dari degupannya...seolah nadi berhenti dari iramanya....aku memalingkan penglihatan aku dan fikiran aku. Aku terasa marah pada diri sendiri. "Kawal emosi, kawal emosi, kawal emosi....itu yang kau mahukan dulu...tapi itu dulu...ini sekarang...sekarang sudah lain. Jangan kerana gagal dahulu kau hendak gagalkan segala-galanya...."aku marah pada diri akau sendiri. Aku berbisik dengan hati aku sendiri. Aku dapat rasakan bisikan diri aku itu menyerap ke seluruh liang roma aku. Kerana terasa bagaikan semuanya berdiri. Lalu penglihatan aku di curi oleh Fendy yang memerhatikan aku dari jauh...."Ya...itulah lelaki itu.Lelaki yang akan membina impian aku suatu hari nanti. Dialah orangnya..." Aku melempar senyuman ke arahnya. Perasaan aku tadi di ganggu pula dengan jemputan makan. Aku menyapa jemputan itu. Ada baiknya aku isikan perut aku yang kosong ini dari melayan perasaan yang bukan-bukan. Lama kelamaan, rasa fobia itu hilang dengan sendirinya. Aku cuba layan rasa panas bahang matahari. Lama kelamaan bahang itu secara tidak langsung membakar perasaan aku yang gundah gulana itu. Terus aku lupakan ia....Perasaan rimas di panas matahari mula mendekati. Tak sabar rasanya mahu pulang ke rumah persinggahan dan mandi. Aku pujuk diri aku..."alah cuma ada beberapa jam sahaja lagi....sabar ajalah..."
Apa yang hendak aku ungkapkan di sini ialah rasa kecewa, terkilan, sakit dan pedih masih terasa hingga kini. Aku tak tahu sampai bila aku hendak telan rasa ni. Aku jadi marah pada diri aku sendiri kerana aku telah menghabiskan banyak masa pada setia aku dulu. Tapi di akhirnya....aku tak nampak apa pun hasilnya. Aku rasa benci pada diri sendiri. Kerana sepanjang itu juga aku banyak membiarkan diri aku memamah usia sendiri dan akhirnya memakan diri sendiri. Aku hidup dalam kegelapan. Apakah hari ini juga aku mahu hidup dalam kegelapan???Kalu begitu juga jalan ceritanya, apakah perubahan yang bakal berlaku dalam hidup aku nanti???Aku dah bosan, bosan hidup di landasan yang salah. Aku mahu bahagia....bahagia yang hakiki. Bahagia yang menjanjikan seribu keindahan dan keharmonian. Aku mahu hidup sebagai insan, sebagai manusia yang sebenar, sebagai umatNya. Aku sudah bosan dari rasa bersalah. Bosan jadi manusia yang tak berguna. Aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan orang tua aku bila tahu siapa diri aku sebenarnya. Alangkah kecewanya mereka. Apakah aku sekali lagi bakal memusnahkan harapan mereka. Akukah orang itu???Ya, Allah....sebelum ini hambamu ini pernah meminta tiap-tiap malam dariMu. Tiada lain yang aku mahukan. Aku mahukan Kau bahagiakan orang tuaku kerna aku rasa aku tak mampu nak bahagiakan mereka. Dahulu aku selalu percayakan yang Kau sentiasa bersama aku...mendengar keluhan aku dan kemudiannya akan kirimkan kebahagiaan untuk aku. Tapi sejak beberapa bulan ini...aku mula abaikan janji-janji aku. Aku sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri. Kerna aku sudah berjanji padaMu dulu. Tapi aku sendiri yang menggugurkannya. Ketahuilah....olehMu...dari hari ke hari...aku mula merasa janji aku memakan diri aku sendiri. Aku merasakan Kau tak mahu mendengarkan suara aku lagi....aku terasa aku terasing oleh diri sendiri. Janganlah Kau biarkan hambamu ini menagih-menagih kebahagiaan yang selalu aku mimpi-mimpikan......
Aku sudah lama merasa sepi dan sunyi. Aku teringin punya keluarga sendiri. Punya suami yang boleh menyanyangi aku...punya anak yang boleh membangkitkan semangat aku...hanya dengan mereka aku dapat menebus segala dosa aku. Hanya dengan mereka aku abdikan rasa kasih aku. Hanya dengan mereka akan ku korbankan seluruh jiwa dan raga aku. Hanya dengan mereka aku terasa hidup ini cukup bermakna. Di manakah mereka itu Ya Allah....di manakah mereka....merekalah yang aku cari...aku mencari keluarga aku...aku mencari hidup aku. Bawalah kami bertemu....Kau bawakanlah Ya' Allah....sesungguhnya...aku akan menjaga mereka itu seperti menakung minyak yang penuh....Ketemukanlah Ya' Allah....
No comments:
Post a Comment