Bulan oh bulan,
Dari jauh aku menyapa
Semakin larut malam kau makin bercahaya
Walau di hujung dunia kau megah bergaya
Kau muncul dalam pelbagai rupa
Ada yang bulat, ada yang separa
Malah ada yang sipi-sipi rupa
Makin di tatap makin kau bercahaya
Dari sudut hati aku bertanya
Bulan yang mana pula penuh bahagia
Terkenang pula bulan April 82
Lahir insan yang tak seberapa
Jadi harapan ibu dan bapa
Bulan berlalu tanpa menyapa
Sifat manusia lumrahnya alpa
Sedar hanya angka menyapa
Rupanya umur sudah berbeza
Lalu bulan itu baru hendak ku sapa
Siapa kita dahulunya?
Muncul soalan baru hendak di tanya
Betapa rugi ketika di balut alpa
Dulunya muda di biar bersahaja
Bulan oh bulan,
Harus bulan mana yang hendak disapa
Yang bulat, separa atau sipi-sipi rupa….
Atau bulan dua, empat dan lima…
Tahun mana pula bulan itu bersua…
Terasa sisanya memakan usia
Mengadaplah kita ke arah yang Esa
Bulan oh bulan
Rupanya kau pengukur masa
Akurlah kita wahai manusia
Gunalah ia dengan berpada
Agar kesal tiada bercerita
Agar waktu tidak memburu kita
Nescaya yang ada indah belaka
Rasa hati: Kaymind
No comments:
Post a Comment