Thursday, February 14, 2013

Ayah bercerita......



Ayah memulakan ceritanya…bagaimana 2 batang berus dan beberapa tin cat yang berwarna-warni tu boleh menyara kami. Ayah kata berbekalkan dengan kesimpitan hidup…ayah bangkit dan membawa diri ke negeri orang. Ayah bersekolah sampai darjah 6. Di Sultan Ismail Collage,  ayah terdiri antara pelajar yang cemerlang. Dia selalu bertanding dengan rakannya yang sama cemerlang dengannya. Kalau  ayah dapat nombor satu…rakannya akan dapat nombor 2. Kalu rakannya dapat nombor 2 dia akan dapat nombor satu. Ayah kata cikgunya dulu orang puteh. Setahu aku…Sultan Ismail Collage ni tempat budak2 yang memang bijak2 pandai. Masa aku muda dulu…sekolah ni memang susah nak daftar kecuali kalau anda orang yang bijak akan diterima masuk dan tak silap aku juga sekolah ini hanya untuk lelaki sahaja.
 Ayah melakonkan semula macam mana cikgu mat salleh sukar hendak menyebut namanya…Nama ayah aku Abd Kadir…Tapi cikgu tu sebut slang orang puteh Kadeeeer…hahahaha..Aku gelak. Ayah kata, dalam hidupnya pertama kali dia memegang jumlah wang yang banyak apabila dia menulis sendiri surat rasmi meminta bantuan dari kerajaan untuk membantu dia meneruskan pelajarannya. Pegawai kerajaan tersebut datang sendiri ke Sultan Ismail Collage untuk bersua dengan ayah aku. Cikgu mat salleh tu yang bawakan pegawai tu jumpa ayah.  Belum ada dalam sejarah masa tu….seorang pelajar menulis surat rasmi sendiri meminta bantuan. Pegawai tu kagum dengan sikap ayah. Katanya, setelah meneliti rekod prestasi ayah yang memang cemerlang dalam pelajaran…maka mereka bermesyuarat dan ayah di hadiahkan wang bantuan sebanyak  20 ringgit. Ayah menggigil semasa di berikan wang sebanyak itu. Dia menitis air mata kerana tidak pernah menerima wang sebanyak itu sebelum ini. Ayah kata sebelum ni..dia terpaksa menjual air batu dan di tanamkan dengan habuk kayu dalam tanah supaya tidak cair. Sebuku air mata dia cuma dapat 3 atau 5 sen sahaja. Bayangkan duit 20 ringgit sangat besar nilainya pada masa tu.
Ayah bercerita lagi….kerana kesempitan hidup ayah tidak mampu membeli baju baru untuk ke sekolah. Ayah jahit sendiri. Di buka semua jahitan baju lama. Kemudian ayah beli kain baru… dan ayah potong kain ikut jahitan lama. Ayah cantumkan kembali mengikut nombor yang ayah dah tandakan. Aku kagum dengan kebijaksanaan ayah. Ayah kata, dia tidak dapat meneruskan pelajarannya. Dngan wang bantuan yang dia simpan, dia keluar dari kampung. Lalu ayah memulakan pengembaraan hidupnya. Cikgu mat salleh tu sangat sedih bila ayah tidak dapat meneruskan pelajaran. Katanya sayang sekali. Sebab rekod prestasi ayah sangat bagus di sekolah itu.
Ayah memendekkan ceritanya….selepas ayah berhenti menjadi askar,askar merantau ke Indonesia, Sabah, Sarawak dan bertemu jodoh di Brunei.  Berbekalkan duit yang ayah simpan membanting tulang empat keratnya…dia menumpang berteduh di Sarawak. Ayah mencari kerja di Sarawak. Di ceritakan bagaimana susahnya dia hendak mencuri ilmu dari orang Cina. Ayah minta kerja dengan Cina tersebut. Cina tu kata takde kerja untuk awak. Ayah kata , tolonglah tauke kasi saya kerja. Awak tak payah bagi saya gaji. Bila mendengar rayuan ayah…maka Cina tu bersetuju mengambil ayah bekerja. Ayah pun kerja tanpa gaji. Niat ayah bekerja di situ hanya untuk mendapat ilmu kemahiran sahaja. Nanti kalau dah pandai dia boleh berniaga sendiri.
Tauke tu agak murah hati. Dia kesian juga dengan ayah. Tiap2 petang Cina tu bawakan bubur dengan cakoi untuk ayah. Dia berikan pada ayah untuk di makan. Waktu tu ayah tidak memilih. Ayah menerima bubur manis tu dengan tangan terbuka. Sekurang-kurangnya dapat dia jimat wang dia yang makin susut.
Bila ayah sudah dapat menguasai semua kemahiran dari tauke cina tu…Ayah pun berhenti kerja. Ayah pulang ke kampong dengan membawa pulang kemahiran yang baru dia miliki. Ayah berazam hendak membuka perniagaan. Tapi ayah menung sendirian. Ayah tak tahu mana hendak mencari modal. Lalu arwah nenek aku menegur. “Nape ko menung?” Tanya arwah Nenek Kalthom. Ayah kata takde apa2. Ayah tak mahu berkongsi ceritanya kerana dia tahu arwah ibunya juga orang susah. Nenek Kalthom menyara ayah aku dengan menjual gula2. Kedai nenek takde barang. Cuma ada 2 botol gula2 yang dia jual pada budak2 kampung. Arwah nenek seperti mengetahui hajat ayah. Arwah nenek menghulurkan wang pada ayah. Katanya “ambillah pitih ni…ni pitih yang mung kasi pada aku. Aku tak guna pun. Ambillah buat modal”. Ayah terkedu lalu air mata dia mengalir. Dia tak sangka mempunyai ibu yang sangat prihatin dan memahaminya walau tidak di ceritakan hajatnya.
Duit yang arwah nenek bagi , ayah belikan 2 batang berus dan beberapa tin cat. Ayah mengayuh basikal buruknya. Dia menawarkan khidmat melukis poster atau apa sahaja untuk tujuan iklan. Ayah teringat kembali bagaimana dia melukis poster wayang yang besar. Waktu tu belum ada orang melayu yang boleh melukis poster besar. Ayah tak mampu buat kerja sorang2 lalu dia berkongsi dengan seorang india untuk membantu dia menyiapkan poster tersebut. Duit yang dia dapat….dia bahagikan sama rata. Kemudian ayah jadi popular kerana waktu tu jarang ada pelukis iklan Melayu. Ramai yang meminta khidmat ayah. Sehingga ayah mampu menyewa kedai. Dalam kedai tu takde barang. Cuma tempat dia menyimpan berus dan cat2nya. Dengan adanya kedai, ayah mendapat banyak sambutan. Hari silih berganti….ramai kenderaan seperti lori dan van datang tak putus2 mahukan khidmat ayah. Ayah kata wanita pertama yang dia lukis pada van adalah gambar minyak mustika. Ayah senyum mengenangkan kembali. Perniagaan ayah makin maju dan ayah mampu mengambil pekerja. Ayah menawarkan kerja pada rakannya sendiri yang pada masa tu dia bekerja dengan Cina.Nama pekerja ayah yang pertama tu Abg Zul.Aku ingat lagi. Abg zul muda sikit dari ayah. Ada anak sama umur dengan aku. Aku tak panggil dia pak cik sebab dia nampak lebih muda dari ayah.
Ayah kata waktu dia dah maju, ayah kembali ke tanah Sarawak. Dia berjumpa semula tauke yang dia pernah bekerja dulu. Tauke tu ada banyak ilmu tentang pengiklanan. Ayah kata dia mahu kerja semula dengan Cina tu sebab tauke tu tak turunkan habis ilmunya sementara perniagaanya di kampong di amanahkan pada Abg Zul untuk menjaganya. Tauke tu kata, “lu mau apa lagi?”. Ayah tarik tangan Cina tu. Ayah kata, “saya mahu belajar buat ini.” Tauke tu kata…. “lu mau saya ajar mana bole. Tu ada pekerja lama pun saya tarak ajar sama dia”. Ayah merayu. Ayah kata,  “ tauke jangan risau. Tauke ajar saya, saya kasi awak wang.” Tauke tu terkejut dengan pelawaan ayah. Dia tak sangka  dengan keinginan ayah. Maka tauke tersebut bersetuju. Dia ajar semua yang belum di ajar pada ayah. Lebih kurang 10 hari ayah di sana lalu tauke tu cakap pada ayah. “Sekarang lu mau belajar apa lagi? Saya sudah ajar semua….” Kata tauke. Ayah kata “ saya mahu belajar cetak baju pula.”  Tauke tu terkejut. Dia kata dia tak tahu. Tapi dia bole kasitau contact number kawan dia di Singapura. “Lu pegi cari dia cakap nama saya. Lu belajar sama dialah. Ini orang manyak tau pasal cetak atas kain.” Tauke tu menyakinkan ayah. Ayah terima niat baik tauke tu. Sebelum ayah balik ke Kelantan. Ayah mahu berjumpa emak tauke tersebut. Ayah mahu bagi buah tangan. Tauke  sangat berbesar hati. Dia tanya mahu kasi apa. Ayah kata dia Cuma mahu kasi buah dan jumpa saja. Tauke tu kata kalau mahu kasi buah ada buah dan bilangan tertentu sahaja. Lalu ayah ikut sahaja arahan tauke tu.  Ayah pergi ke rumah tauke tu dan emak tauke tu sangat seronok dan gembira dengan kedatangan ayah.  Ayah pun pulang ke Kelantan dan memulakan perniagaannya seperti biasa. Ayah mengasah kamahiran barunya dan meluaskan lagi perniagaannya.
Cerita dan pengalaman menarik ayah tidak berhenti setakat itu sahaja. ....Hari sudah hampir jam 1 pagi. Ayah kata sudah lewat. Tidurlah…lalu aku mengangkat badan dan masuk ke bilik masing. Aku kagum dengan cerita ayah. Cerita yang sangat bernilai buat aku. Memang benarlah aku anak ayah. Sebab aku dapat rasakan pahit getir ayah waktu tu. Kalau ayah boleh lakukan kenapa aku tidak boleh. Atau ayah takut aku akan lalui pahit getir sepertinya? Bagi aku pahit itulah yang mengajar erti kehidupan. Hidup lebih indah jika kita dapat mengenang kembali waktu ssusah itu. Cerita ayah bersambung pada ke esokkan paginya. Waktu kami sama2 menikmati sarapan nasi bungkus dan kuih roti goring kacang hitam di tempat yang sama kami duduk semalam.

Thursday, June 28, 2012

Pesan Ibu pada Laila...

Anaku Laila....
Ibu menulis ini kerana setiap kali ibu melangkah keluar rumah mencari rezeki untuk keluarga kita, pemikiran ibu selalunya terbuka luas bila ibu menghala motor ibu ke tempat kerja. Highway yang ibu lalui itu lurus....indahnya hidup ini jika kita tahu mana hendak tuju. Pemandangan kiri kanan ibu tidak sedikit pun mengganggu arah ibu. Ibu menikmati hari-hari pagi ibu dengan melihat awan, burung dan gelagat manusia sepanjang jalan itu. Ibu sering memikirkan tentang keluarga kita....tentang Laila..tentang masa depan kita. Ibu tidak tahu berapa lama lagi ibu akan mengharungi jalan yang sama ini. Tahukah anak ibu? Ibu suka sama angin. Ada orang kata, ibu ini nalurinya seperti angin. Jika ibu sedih, terganggu atau tertekan dengan desakan dan cubaan hidup, ibu akan menangis sepanjang perjalanan itu sama ada mahu ke tempat kerja atau pulang ke rumah....Setelah sampai ke destinasi ibu akan merasa lega...seolah angin menyapu segala kesedihan ibu...membawanya jauh pergi...lalu angin itu meniup semangat baru kepada ibu. Paling menyeronokkan bila ibu menangis atau meraung tidak ada orang lain boleh dengar kecuali ibu...itulah kepuasan buat ibu.

Laila anak ibu...
Ibu juga seperti manusia lain. Melalui pelbagai ujian dari Allah.Tetapi kebanyakkannya ibu tewas dengan ujianNya. Sejak Laila hadir dalam hidup ibu....ibu belajar banyak perkara. Ibu belajar untuk cuba tidak tewas atau gagal lagi. Ingatlah anak ibu....3 perkara ini dalam hidupmu.
1) Janganlah takut jika suatu hari nanti kita akan ditinggalkan...kerana setiap yang hidup pasti akan mati tetapi takutlah jika Allah meninggalkan kita dalam kekufuran dan tidak lagi mendengar doa kita. Ibu belajar dari pengalaman ibu sendiri. Bagaimana perasaannya di tinggalkan oleh orang yang kita sayangi...setelah nenek laila sudah menemui Illahi ibu terasa dunia ibu kosong.... Ibu tidak yakin dengan kemaafan nenek Laila...ibu tanam kepercayaan yang masa masih panjang untuk ibu menghimpun mohon ampun utk nenek...tetapi masa itu sudah terlambat anakku....Allah telah mengambilnya...tidak meninggalkan sesaat pun pada waktu itu. Ibu terasa seperti di tinggalkan bersama kemurkaanNya. Ibu terasa seperti selepas ini Allah tidak akan mendengar lagi doa ibu....maka ingatlah anakku perkara kedua ini.

2) Jika kita pernah melakukan kesilapan akui lah kesilapan itu....jangan takut untuk mengakuinya. Tetapi takutlah jika kita terlambat untuk memperbetulkan ia.... Jangan jadikan sejarah ibu sebahagian dari sejarah hidupmu. Ambil ia ikhtibar. Ibu sentiasa mendoakan agar Laila Nurqaseh ini menjadi anak yang solehah. Anak yang dikagumi oleh orang lain. Anak yang mentaati segala suruhan Allah dan mentakuti segala laranganNya. Sesungguhnnya sejarah ibu mengajar ibu menjadi pemikir...pemikir sehingga hari ini. Memikir tentang masa depan kita...terutamanya Laila anak ibu. Inilah pengajaran buat ibu...cermin untuk ibu. Maka anakku Laila...ingatlah perkara ketiga ini....

3) Dalam namamu terkandung makna "Keseronokkan".....ingatlah tidak semua keseronokkan itu indah kerana ia punca kepada kelalaian dan mendidik kita menjadi lemah. Sesungguhnya setiap perkara yang terjadi ada hisabnya tersendiri. Baik dan buruk itu datang dari Allah. Dia menhantar kita ujian bukan untuk menjadikan kita gagal tetapi memberi jalan keluar untuk kita berfikir...mendidik kita menjadi tabah dan kuat...InsyaAllah.

Wednesday, November 23, 2011






Kerna Namamu Laila Nurqaseh

Laila Nurqaseh…….
Engkau cahaya keseronakan
Kasih anugerah Tuhan
Keindahan yang tak pernah padam
Ibarat malam yang sentiasa berteman

Laila jika malammu tanpa bulan
Usah khuatir jangan suram
kerna bintang setia meneman
rahsianya ada pada Al-Quran
terjemahkan maksud keagungan
Mengusir bisikin syaitan
dari hanyut dan terus karam.

Jika engkau bertanya mengapa malam?
Kerna malam lebih penghayatan
Suria pula di akhiri dengan hujan
Jika bahangnya menembusi kesabaran



Karya dari ibu untukmu....